Tuesday, July 21, 2009

Perjumpaan Tak Rasmi

Salam sahabat sekalian,

Pada 18 Julai 2009 yang lalu, satu perjumpaan tak rasmi telah diadakan di Restoran makanan segera A&W di Seremban dengan tujuan membincangkan isu-isu yang hangat dibincangkan di dalam alam maya. Mereka yang hadir ialah

  1. Addy Haikal Abu Bakar
  2. Adibah Mustapa
  3. Mohd Zarif Anwar
  4. Nuruddin Maimun Rosli
  5. Shahrul Fadhli Mohd Nasir
  6. Shefny Abu Hasan Ashaari
AGENDA 1

  1. Agenda pertama yang dibincangkan semasa pertemuan tersebut ialah kau dah makan? Belum. Baik. Kita makan dulu (Oke, ini selingan saja)
  2. Agenda kedua ialah Weh, panaslah duduk luar, kita kene cari aircond dan plug untuk laptop aku. (Cari, tapi tak jumpe. AnW kodi. Takde plug dan Wifi)
  3. Oke..aku mintak maaf. Aku tak seharusnya cerita segala isi ni. Huhu~ sajalah. Bagi korang tak sabar-sabar kemudian sumpah aku. Hoho. Sila sumpah aku dapat jodoh ya. Ngee~
  4. Agenda pertama ialah mencari AJK bagi board SHAMSIANS 9802. Perlantikan AJK ini adalah melalui persetujuan tak langsung di Facebook, Friendster dan kami berenam. AJK Tertinggi ini akan bertindak dalam rangka kerja yang dirancang semasa pertemuan rasmi kelak. AJK Tertinggi juga boleh berubah dalam pertemuan rasmi seterusnya yang bakal diadakan setahun sekali supaya semua orang dapat merasa tanggungjawab menjadi ahli board.
  5. Namun terdapat beberapa portfolio yang masih belum diisi. Sebagai ahli SHAMSIANS9802, anda bertanggungjawab mencalonkan rakan anda (dalam kalangan batch) bagi mengisi kekosongan portfolio yang berikut:

    1. Ketua Arkib -bertanggungjawab mengemaskini data ahli SHAMSIANS9802 bagi tujuan rekod
    2. Ketua Program -bertanggungjawab merangka perancangan bagi merapatkan ukhuwah sesama ahli batch
    3. Ketua Media dan Penerbitan - bertanggungjawab menghebahkan tentang status ahli batch dan mengemaskini segala ruangan media yang ada
    4. Ketua Kebajikan (terlupa letak) - bertanggungjawab ke atas kebajikan ahli batch (ex kalau ahli batch ditimpa musibah, kumpul derma dsb)
    5. Ketua Teknikal membantu kepada pelaksanaan tugas-tugas bagi melicinkan pentadbiran

AGENDA 2
  1. Agenda Kedua yang dibincangkan ialah mengenai Grand Reunion 2010. Pertemuan Semula ini bakal diadakan pada tahun hadapan, awal bulan 10.
Tarikh yang dicadangkan: 9 dan 10 Oktober 2010.
Tempat yang bakal dijadikan tapak pertemuan semula terletak di Mersing.

Namun sebarang pindaan boleh dilakukan mengenai tarikh ini


  1. Berikut adalah Ahli Jawatankuasa yang bakal terlibat dalam program Grand Reunion 2010.

Anda dikehendaki menyenaraikan sebab yang kukuh untuk tidak terlibat dalam menjadi Ahli Jawatankuasa

Pertemuan seterusnya untuk perbincangan lebih serius akan diadakan di rumah Muneerah Jamil semasa hari persandingan beliau.

Segala kerjasama anda di dahului ucapan terima kasih.

Salam



Saturday, July 18, 2009

Isi Meeting

Salam sahabat

Semalam pada jam 2pm bertempat di A&W Seremban, 1 perjumpaan komiti telah diadakan bagi membincangkan isu berkaitan batch shams9802. Walaupun kehadiran meeting amat tidak memberangsangkan dan brainstorming hanya dilakukan oleh kami yang hadir sahaja, maka kami mengharapkan kerjasama semua dalam menjayakan Grand Reunion 1 2010 nanti.

Antara isi meeting adalah seperti berikut
1. Perlantikan AJK tertinggi tetap bagi batch shamsians9802 (Ia boleh berubah dalam meeting batch seterusnya)
2. Perlantikan AJK bagi Grand Reunion 1 2010 (tertakluk pada perubahan)
3. Lokasi dan tarikh Grand Reunion 1


Kesemua isi meeting akan diupdet kemudian.


Trimas everyone.

Friday, July 10, 2009

Mini Gathering (UPDATED)

Salam y'allz (oh, gedik sungguh)


lapan belas haribulan julai ini (18/07/2009), satu mini gathering akan diadakan bagi membincangkan beberapa isu berbangkit mengenai batch shamsians 9802.

kepada AJK tertinggi (sementara) yang terlibat aka
1. Pengerusi I yang jual jus manggis:(oke, dia wujud ke tak nih?)
En Jauzi Johari
2. Pengerusi II yang suka main gitar dan berkaraoke:
En Addy Haikal Abu Bakar
3. Naib Pengerusi yang bersungguh-sungguh:
Cik Adibah Mustapa
4. Setiausaha yang manis:
Cik Shefny Abu Hasan Ashaari
5. Bendahari yang gila duit:
Encik Shahrul Fadhli dan Cik Liyana (ampun, saya tak hengat nama ayah kamu)

Anda dikehendaki menghadirkan diri di tempat yang dijanjikan seperti mana yang telah dibincangkan di dalam facebook yakni di AnW Seremban selepas ZOHOR jam 2pm. Caree?


Bagi mereka yang lain, kedatangan anda turut dialu-alukan bagi proses brainstorming.
**sessi pengumpulan idea


p/s Encik Fitri Malek buat forum, rajin-rajin pegi sign in dan support forum menarik itu.


Sekian dahulu y'allz. C ya next week.

p.s.s Aku tak tau, penyakit gedik mana da datang ni. huhu~