Tuesday, June 8, 2010

Pulau Pangkor Jauh Ke Tengah

Salam SHAMSIANS 9802.


Seperti yang anda sedia maklum, akan diadakan satu reunion gile GAH pada 17-18 Julai 2010 sempena 8 tahun pemergian kita dari alam baju skolah, bau ketiak. Tempat yang bertuah ialah di PUALAU PANGKOR!
Reunion cambes ini akan mengenakan bayaran RM180 SAHAJA including penginapan kat Uptown Beach Resort yang selesa untuk anda semua. Ada aircond, ada katil, peti sejuk, selimut.Menarik bukan?? :D
bagi tengok jalan masuk dulu. :D
17 JULAI 2010

Kita akan mula berkonvoi dari RnR Sg Buloh dalam jam 8++ begitu dan akan tiba di jeti lumut lebih kurang jam 1pm. *Tanya lanjut kepada En Jon*

Kemudian selepas mem'parking' kereta(tidak termasuk bayaran RM180), kita akan bersama-sama menaiki FERI untuk ke Pulau Pangkor.Ini ialah Feri (korang bley masuk cockpit die oh kalo pakcik feri bekhati. *Saya penah bawak feri.hee*)

Kemudian, kita check in dan lunch.

Anda boleh jamaq taqdim.

Aktiviti bergumbira akan start sebelah petang pada jam 4-630pm. Kita akan melakukan aktiviti pantai. Sukaneka untuk gadis-gadis, jejaka-jekaka, Ibu-ayah, Anak-beranak, Suami-isteri. Ia pastinya FUN.FUN.FUN!!!!
** anda dikehendaki memakai T-Shirt batch

Kemudian kita having tea, dan bersiap untuk dinner nanti. Dinner start jam 930 selepas perbincangan Batch (pemilihan AJK baru. Sila lihat pencalonan di sidebar). DINNER haruslah ada BARBEKU, barulah rancak makan.

Pada jam 12 am, aktiviti berasingan (jejaka vs gadis) akan dilakukan bagi merapatkan hubungan kawan-kawan supaya tak berGENG memanjang. Rapatkan Ukhwah YOK!~ *optional*

**************************************************************************
18 JULAI 2010
Sarapan akan disediakan dari jam 7am-8am. Sapa lambat, tak dapat scramble egg!

Kemudian anda boleh beraktiviti bebas!!
Anda bley buat TOUR round pangkor. RM10 sorang (kalau tak silap)

atau

Anda bley sewa basikal dan berbasikal keliling Pangkor

atau

Jungle Trecking bagi yang lasak (RM15)

atau Snorkel (RM20). Jangan risau, kalao tak pandai berenang pon bley snorkel. Ada jaket. siap bley bagi ikan makan. :)


Kita bakal check out jam 12 lepas lunch. :)


LETS HAVE FUN!!