Thursday, November 19, 2009

Update Baruuu~

Salam sahabat sekalian.


Ampun ya, sudah lama enggak ada updet di sini.
Masalahnya, kekangan masa tidak mengizinkan penulisan ditulis dengan panjang lebar.

Baik.


Kita mulakan dengan majlis perkahwinan yang bakal berlangsung!


MAJLIS PERKAHWINAN 1


5 DISEMBER 2009
Nurul Iman bt BadlishahSham
Beliau merupakan sahabat 4-5 Irsyad. Berkahwin dengan jejaka pilihan hati, En Md Noor



MAJLIS PERKAHWINAN 2

12 DISEMBER 2009
Shahrul Nizan bin Abd Mukti
Beliau shamsians dari F1-F5
Berkahwin di Taman sri rembau, Bermula jam 12 Tengahari


Mari makan nasi minyak~



Kemudian dengan kelahiran!

Hajar dan Afif telah pun bergelar mami and dedi 7 November lalu!


Aufa Najmi bin Afif


Baby memang cuuuuuuuteee! tahniah Afif & Hajar. Moga Aufa menjadi anak soleh. Amiin









Monday, September 14, 2009

Konvoi Raya

Salam sahabat sekalian.

Memandangkan, iftar di KAED kurang memberangsangkan, makan diadakan satu lagi pengumpulan untuk menemukan seramai mungkin warga Shamsians9802.

Kali ini, konvoi raya akan diadakan bagi menjalinkan silaturrahim sesama kita di samping melawat dan beramah mesra dengan bekas-bekas guru SHAMS seperti Cikgu Azizah, Cikgu Asmah, Cikgu Noriah, Sir Zanib, Cikgu Yazid (Sekadar menyebut beberapa nama)


Details konvoi raya adalah seperti berikut:

Dibuat pada minggu ke dua raya, 3-4 Oktober 2009

Hari:
Sabtu dan Ahad
(Salah satu mengikut majoriti suara dan berapa banyak cikgu yang boleh 'layan')

Jam:
KUMPUL (930am)
GERAK (10 am)

Tempat berkumpul:
Dewan SMKA SHAMS SEREMBAN

Pakaian:
Sopan-sopan sahaja dibenarkan. ;P

Ketua Konvoi:
Still in discussion



Harap semua sahabat boleh memberi kerjasama.
Till then,
Ukhwah fillah.

p.s Jauzi nak kahwin minggu ke 3 raya, kalau tak silap la, nanti akan diinform tarikh sebenar semula

Wednesday, September 2, 2009

Iftar Jama'ie di KAED, UIA

Salam sahabat sekalian

Pada minggu lepas (30/8) telah diadakan satu iftar di Hotel Seri Malaysia Seremban.
Details mengenai iftar tersebut tidak diperolehi memandangkan penulis tidak pergi ke majlis tersebut. ;P


Namun bagi menggantikan sesiapa yang tidak berkesempatan untuk ke Iftar itu, silalah beramai-ramai ke Iftar Jama'i di KAED UIA yang diorganize kan oleh sahabat baik anda, saya dan kita semua, Cik Liyana Zainuddin. Details adalah seperti berikut.

Hari: Sabtu
Tarikh: 5 September 2009

Tempat: KAED, UIA

Tentatif:
5.00 p.m - Arrival
6.00 p.m - Prepare makan
7.00 p.m - Tunggu berbuka sambil dok zikir ape yg patut, then; berbuka lah.
- Solat maghrib jemaah di Musolla Kaed yg bercirikan rumah Melayu.
- Tazkirah sementara tunggu Isyak
- Isyak, then Tarawikh. 8 + 3 je
- Lepas Terawikh: Dismiss. Balik lah bagi siapa yg nak balik.
- Kalau tak balik, lepak UIA, bleh discuss pape yg patut.


Amacam? Menarik? Jika anda ingin join, sila laporkan diri kepada Liyana Zainuddin ataupun Adibah Mustapa. Thank you for ur attention. ;) Contact number Adibah 0197353185.

And specially to Grand Reunion Committee:

1) MEDIA: Shafiq & Erman

2) CENDERAHATI: Dibah, Fizhah, Udeng, Dijah, Syamsiah.

3) LOGISTIC: Zarif, Farid, Husna

4) JEMPUTAN: Shefny, Jimie, Fareez

5) TEKNIKAL: Firdaus Mokhtar, Sakinah, Akeel, Fareed Adnan

6) PROMOSI: Ayu Alias,Nani, Hiqmah Nordin, Fitri Malik

7) TENTATIF: Addy, Maimun, Ahmad Shahir, Ayu Ahmad

8) SPONSORSHIP: Yan, Ida, Maryam, Izzuddin

9) CATERING: Shai,Ifa, Firdaus Arham, Marina Mokhtar

10) SAFETY: Ifq, Khalis, Munira Jalil

Diharapkan anda boleh hadirkan diri ke Iftar ini bagi membincangkan beberapa isu mengenai Grand Reunion nanti.


Ilalliqa' wa Ma'assalamah!!


++ Cik Yana, maaf saya tak dapat hadir. Saya tak mahu jadi anak derhaka. Saya da janji dengan orang tua saya. ('',)

Sunday, August 9, 2009

Alhamdulillah

Salam sahabat tercinta.

Banyak benda nak diupdate sebenarnya. Macam-macam perkara yang berlaku sepanjang minggu-minggu yang berlalu. Tapi semuanya disusuli dengan Alhamdulillah.

Berita Hangatz


Ahmad Shahir dan Muneerah telahpun selamat diijabkabulkan pada 1 Ogos yang lalu di mana pada 2 Ogos mereka telah mengadakan resepsi di rumah Tuan Hj Jamil yang tersegam indah di Sepang (Oh, jauh betullah rumah anda!!). Maka bersatulah kasih dan cinta mereka. Walaupun mereka berjauhan namun kasih sayang masih utuh tidak terlerai. Dan demi buktikan kasih pada isteri, Sang Suami akan berhari raya di Indonesia kelak kerana Muneerah tak habis lagi pengajian di sana. Riak bahagia jelas ternyata dari wajah mempelai. Didoakan semua keduanya akan hidup bahagia ke akhir hayat. Alhamdulillah

Comel ah muka Muneerah. Berseri-seri gitu~;P

Ini adalah mereka yang cuba mengambil berkat pengantin. ngeh3




Berita Menarik

Nurul Hafidzah Zufakhar dan suami sudahpun menimang seorang puteri amat comel diberi nama Damia Humaira. Nampaknya nama anak beliau hampir serupa dengan anak buah sulung shamsians9802. Bolehlah kedua-dua Damia menyambung legasi shamsians9802 nanti. Anak beliau yang dilahirkan tanggal 8/8/09 (kata orang cina manyak ong tau ini nombor~huhu) selamat dan sempurna segala sifat. Semoga Damia Humaira membesar dengan sihat, cergas, bijak dan solehah. Amiin. Alhamdulillah, syukur Ya Allah.

Damia Humaira bersama bondanya dan Auntie Ayong. hee


Berita gembira

Ingat Siti Noor Asiah Adnan? Beliau merupakan x-1,2 ihsan dan 3 islah. Beliau telahpun bertunang pada sabtu yang lepas bersamaan 8/8/09 (tarikh yang sama dengan kelahiran Damia). Semoga perjalanan cintanya berjalan lancar dan dapat disatukan dengan segera. Alhamdulillah jodohnya sudah sampai. (weh, kenapa kau bertunang cepat sangat? aku nih makcik kau tahu?? patut bagi laluan kat aku dulu! huh~)

Siti Noor Asiah Adnan dan tunangnya Mohd Ikhsan

Tuesday, July 21, 2009

Perjumpaan Tak Rasmi

Salam sahabat sekalian,

Pada 18 Julai 2009 yang lalu, satu perjumpaan tak rasmi telah diadakan di Restoran makanan segera A&W di Seremban dengan tujuan membincangkan isu-isu yang hangat dibincangkan di dalam alam maya. Mereka yang hadir ialah

  1. Addy Haikal Abu Bakar
  2. Adibah Mustapa
  3. Mohd Zarif Anwar
  4. Nuruddin Maimun Rosli
  5. Shahrul Fadhli Mohd Nasir
  6. Shefny Abu Hasan Ashaari
AGENDA 1

  1. Agenda pertama yang dibincangkan semasa pertemuan tersebut ialah kau dah makan? Belum. Baik. Kita makan dulu (Oke, ini selingan saja)
  2. Agenda kedua ialah Weh, panaslah duduk luar, kita kene cari aircond dan plug untuk laptop aku. (Cari, tapi tak jumpe. AnW kodi. Takde plug dan Wifi)
  3. Oke..aku mintak maaf. Aku tak seharusnya cerita segala isi ni. Huhu~ sajalah. Bagi korang tak sabar-sabar kemudian sumpah aku. Hoho. Sila sumpah aku dapat jodoh ya. Ngee~
  4. Agenda pertama ialah mencari AJK bagi board SHAMSIANS 9802. Perlantikan AJK ini adalah melalui persetujuan tak langsung di Facebook, Friendster dan kami berenam. AJK Tertinggi ini akan bertindak dalam rangka kerja yang dirancang semasa pertemuan rasmi kelak. AJK Tertinggi juga boleh berubah dalam pertemuan rasmi seterusnya yang bakal diadakan setahun sekali supaya semua orang dapat merasa tanggungjawab menjadi ahli board.
  5. Namun terdapat beberapa portfolio yang masih belum diisi. Sebagai ahli SHAMSIANS9802, anda bertanggungjawab mencalonkan rakan anda (dalam kalangan batch) bagi mengisi kekosongan portfolio yang berikut:

    1. Ketua Arkib -bertanggungjawab mengemaskini data ahli SHAMSIANS9802 bagi tujuan rekod
    2. Ketua Program -bertanggungjawab merangka perancangan bagi merapatkan ukhuwah sesama ahli batch
    3. Ketua Media dan Penerbitan - bertanggungjawab menghebahkan tentang status ahli batch dan mengemaskini segala ruangan media yang ada
    4. Ketua Kebajikan (terlupa letak) - bertanggungjawab ke atas kebajikan ahli batch (ex kalau ahli batch ditimpa musibah, kumpul derma dsb)
    5. Ketua Teknikal membantu kepada pelaksanaan tugas-tugas bagi melicinkan pentadbiran

AGENDA 2
  1. Agenda Kedua yang dibincangkan ialah mengenai Grand Reunion 2010. Pertemuan Semula ini bakal diadakan pada tahun hadapan, awal bulan 10.
Tarikh yang dicadangkan: 9 dan 10 Oktober 2010.
Tempat yang bakal dijadikan tapak pertemuan semula terletak di Mersing.

Namun sebarang pindaan boleh dilakukan mengenai tarikh ini


  1. Berikut adalah Ahli Jawatankuasa yang bakal terlibat dalam program Grand Reunion 2010.

Anda dikehendaki menyenaraikan sebab yang kukuh untuk tidak terlibat dalam menjadi Ahli Jawatankuasa

Pertemuan seterusnya untuk perbincangan lebih serius akan diadakan di rumah Muneerah Jamil semasa hari persandingan beliau.

Segala kerjasama anda di dahului ucapan terima kasih.

Salam



Saturday, July 18, 2009

Isi Meeting

Salam sahabat

Semalam pada jam 2pm bertempat di A&W Seremban, 1 perjumpaan komiti telah diadakan bagi membincangkan isu berkaitan batch shams9802. Walaupun kehadiran meeting amat tidak memberangsangkan dan brainstorming hanya dilakukan oleh kami yang hadir sahaja, maka kami mengharapkan kerjasama semua dalam menjayakan Grand Reunion 1 2010 nanti.

Antara isi meeting adalah seperti berikut
1. Perlantikan AJK tertinggi tetap bagi batch shamsians9802 (Ia boleh berubah dalam meeting batch seterusnya)
2. Perlantikan AJK bagi Grand Reunion 1 2010 (tertakluk pada perubahan)
3. Lokasi dan tarikh Grand Reunion 1


Kesemua isi meeting akan diupdet kemudian.


Trimas everyone.

Friday, July 10, 2009

Mini Gathering (UPDATED)

Salam y'allz (oh, gedik sungguh)


lapan belas haribulan julai ini (18/07/2009), satu mini gathering akan diadakan bagi membincangkan beberapa isu berbangkit mengenai batch shamsians 9802.

kepada AJK tertinggi (sementara) yang terlibat aka
1. Pengerusi I yang jual jus manggis:(oke, dia wujud ke tak nih?)
En Jauzi Johari
2. Pengerusi II yang suka main gitar dan berkaraoke:
En Addy Haikal Abu Bakar
3. Naib Pengerusi yang bersungguh-sungguh:
Cik Adibah Mustapa
4. Setiausaha yang manis:
Cik Shefny Abu Hasan Ashaari
5. Bendahari yang gila duit:
Encik Shahrul Fadhli dan Cik Liyana (ampun, saya tak hengat nama ayah kamu)

Anda dikehendaki menghadirkan diri di tempat yang dijanjikan seperti mana yang telah dibincangkan di dalam facebook yakni di AnW Seremban selepas ZOHOR jam 2pm. Caree?


Bagi mereka yang lain, kedatangan anda turut dialu-alukan bagi proses brainstorming.
**sessi pengumpulan idea


p/s Encik Fitri Malek buat forum, rajin-rajin pegi sign in dan support forum menarik itu.


Sekian dahulu y'allz. C ya next week.

p.s.s Aku tak tau, penyakit gedik mana da datang ni. huhu~

Tuesday, June 23, 2009

The Next Invitation

Salam sahabat

BERITA UTAMA

Ahmad Shahir Mohd Shah dan Muneerah Jamil bakal melangsungkan pernikahan pada
1 Ogos 2009 manakala majlis resepsi mereka berdua diadakan pada 2 Ogos 2009 bertempat di
Lot.PT 3069, Jalan Pasar, Kampung Bukit Bangkong, Sg. Pelek, Sepang,Selangor


Mereka bertunang sejak Julai tahun lepas dan hubungan mereka memang sudah diketahui umum lebih-lebih lagi batch kita. Jadi, tak perlu buat-buat terkejut mereka nak bernikah =P

Semoga perkahwinan mereka berjalan lancar dan diberkati redha Allah.

p.s Mari sama-sama join makan nasi minyak. huhu~
p.s.s Doa awal: Semoga bakal anak-anak kamu berdua kiut2 dan pandai belaka

gambar: dicopet daripada profil friendster Muneerah Jamil


BERITA SAMPINGAN 1

Mohd Firdaus Mokhtar mempunyai rangkaian perniagaan :

Owner and Manager
1. Ajibah Design and Printing 2. Ikhwan Timur Trading

(printing dan event management)
Mahu sembang bisnes dengan beliau?

try contact di email ini firdaus@getpasystem.com, firdaus@ajibahdesign.com atau join laman shams 9802 di facebook anda ('',)
Ini Firdaus Mokhtar, masih ingat?? (gambar dicopet dari profil facebook beliau)


BERITA SAMPINGAN 2

Next grand reunion in Pangkor by next year. Anyone dare to join? How's ur opinion? Voice it out!!

Jom bercuti!!~~

Sunday, May 31, 2009

SHAMS 50 YEARS OLD

salam buat teman2 SHAMS 98-02...

SHAMS akan menganjurkan makan malam mahabbah sempena jubli emas 50 tahun penubuhannya...

Sehubungan dengan itu, dijemput sahabat2 sekelian sebagai alumni untuk memeriahkan majlis ini yang akan berlangsung pada 19 jun jam 8 malam dengan bayaran sejumlah RM50 utk setiap orang...

Untuk maklumat lanjut sahabat2 boleh menghubungi Izzudin di talian 0197317735...(Ya..Izzudin anak Cikgu Noriah~)

Sekian, terima kasih

p.s Ada sapa-sapa na join lawatan sambil belajar di PD ini minggu? Najwa mahu melawat Negeri Sembilan.. huhu~

Thursday, May 14, 2009

Dian Membakar Diri

Salam semua.

Sejak kita mula menjejak kaki ke SHAMS, dah banyak guru yang menabur bakti. Tak kisahlah guru tu menggembirakan, menyeronokkan, menyampahkan atau sebagainya, tapi beliau tetap setia melimpah dan mencurahkan ilmu di dada untuk kita penyambung bangsa.

Ingat tak lagi, masa ustaz khazri mula-mula mengajar? very impressive. dahla muda, hensem plak tu, pandai Arab lagi. Sekali turn out, very the scary dan garang punya orang. Huhu~ Tapi, kalau beliau tak garang, tak mungkin Nuruddin ada result yang best dalam Bahasa Arab Tinggi. =P

Atau Sir Zanib yang suka tolak kaki budak perempuan ke bawah meja sebab nampak kain dalam masa mengajar. hahaha~ dan juga Cikgu Yazid yang asyik tertidur-tidur belakang kelas masa presentation kelas Sejarah

Ingat lagi aku, masa Cikgu Aminah ajar Geografi, semua orang pun nak buat yang paling cool masa presentation. Aku suka Cikgu Aminah tu. Very motherly and sweet (Cikgu Zizah pun macam tu juga) Tapi bila beliau menjeling, agak seram la.. huhu dan Ustazah Nahayati yang pernah menangis sebab merajuk kita orang buat bising dalam kelas. (XX)

Arwah Cikgu Mayut plak orangnya sangatlah sempoi. Tapi agak kejam la sikit dalam bab kutuk mengutuk kan. Ok, off the record. Doakan sahaja beliau bahagia di dunia sebelah lagi. Tapi nak cakap juga, beliau suka mengusik Ayu Alias dan jadikan Amalina anak murid kesayangan. hahaha~

Bersempena dengan Hari Guru 2009 ni (16 Mei 2009), marilah kita sama-sama mendoakan kebahagian guru-guru yang pernah mengambil bahagian dalam hidup kita, mengajar, mendidik penuh sabar (mungkin ada yang tak sabar sikit guna rotan=P). Semoga segala tindakan mereka dalam menjadikan kita manusia berguna akan dibalas tuhan dengan pahala berganda.

Terima kasih cikgu-cikgu semua!!!



Dari Lidahmu




Dari lidahmu
berakar segala kebenaran
menegakkan pohon i1mu
merimbunkan daunan pengetahuan.

Dari lidahmu
menyusuri liku-hku waktu
lalu engkau taburkan benih kehidupan
yang bernama i1mu
harta yang tak ternilai ditafsirkan.

Dari lidahmu
terkumpul dan menitiskan madu
yang menadah lalu membariskan doa
ikh1as dan sepenuh hati.

Dari lidahmu
bagaikan embun menitis di tengah gurun
menyuburkan ladang ilmu
lalu mengalir di segenap waktu.





Ahmad Sarju




Duduk dari kiri: Ustazah Nahayati, Ustazah Zaharah, Puan Mariam, Puan Noriah, Puan Aminah,
Puan Jawahir, Ustazah Zabedah, Ustazah Khuzaimah, Tuan Hj Yazit, En. Yau Thin Seng,
Ustaz Idrus, En. Ismayuddin, En.Basri, En.Sinar Mahsuri, En. Supurmaniam
Barisan kedua dari kiri: Puan Zahariah, Ustazah Noor Bee, Puan Azizah, Ustazah Mahaya,
Puan Asmah, Puan Sawiyah, Ustazah Asmah, Puan Fatimah, Puan Norshida, Puan Noraini,
Cik Ong Yoke Eng, Puan Siwar Kaur, Puan Aniza, Puan Kamariah, Puan Sanda Kumari,
Cik Zuriyanai, Puan Darnawati, Puan Suraya, Puan Norhaniza, Puan Mansurah, Puan Norhana,
Puan Zainoriah, Puan Wan Mahanum

Belakang dari kiri: En. Anuar, Ustaz Saiful Baharin, En. Mohd.Faizal, Ustaz Mohd. Hapizi,
En. Mohd. Zanib, En. Abdul Jalil, En Mohammad, En. Mohd Radhi, Ustaz Azimi


p.s Selamat Hari Guru juga buat sahabat-sahabat yang menjadi pendidik seperti Fizah Zulfakhar, Farahiyah Airina, Hidayu Azizul, Farhana Rahman (sekadar sebut beberapa nama)


p.s Selamat Hari Lahir untuk member2 yang sambut hari lahir time Hari Guru juga. Ouh ya, dan happy belated birthday untuk Hafidzatul Husna.

Wednesday, May 6, 2009

Pelbagai dalam satu

Salam Sahabat sekalian;

Ada banyak benda nak diupdate sebenarnya, tapi server internet seakan cemburu dengan aku untuk mengupdate belog ini.

Maka, sementara berkesempatan, aku ingin mengkhabarkan beberapa berita untuk kalian semua.

BERITA 1

Marini Arifin sudah selamat bernikah dan melangsungkan resepsinya 2 Mei yang lalu bersama suami tercinta. Disebabkan aku lambat hadir kerana masalah pengangkutan, maka tak banyak gambar yang aku ambil. Dan 2 keping gambar sahaja sempat aku rakam memandangkan aku tidak punya kamera SLR.(agak malu nak tangkap gambar banyak-banyak =P) Kepada sesiapa ada gambar resepsi beliau, forwardlah kepada administrator belog ini ya (addy rock, jon smart, boyat . . . ,pini baik =P)

Majlis Potong Kakwah!~ Nampak cam sodap (aku tak rasa pun, tak sempat.huhu~)


Nurse IJN dan rakan sebatch 9802 (Zakirah Omar dan Hani Diana)

SITI NUR Izyan Diyana (such as Siti Nurhaliza la), Mempelai dan Ain Zalikha (Credit to Yan's blog)

Erman dan Isteri orang (Credit to Yan's blog)


BERITA 2

Oke, semua sudah mengetahui bahawa Marini Arifin menyediakan perkhidmatan SPA dan kecantikan. Ia terletak sekitar kawasan rumah tersebut juga. Maka sesiapa berminat, anda boleh menghubungi beliau di nombor ini 0192627122

BERITA 3

Ustaz Khazri kemalangan baru-baru ini (Menurut Encik IfQzuan) Beliau telah patah kaki. Marilah doakan beliau cepat sembuh walaupun beliau pernah rotan anda dulu masa kelas Bahasa Arab. Buang yang keruh ambil yang jernih ya. =)

BERITA 4

Kepada sesiapa yang ingin promo perniagaan mahupun peluang pekerjaan kepada rakan-rakan di dalam belog ini, silalah hubungi saya di ym: sipini_hii atau nombor telepon kebiasaan saya supaya kita boleh mengiklankannya di belog ini

BERITA 5

Baru-baru ini, ada cadangan untuk membentuk koperasi batch 9802 untuk menjana pendapatan bersama-sama. Sesungguhnya berniaga itu 9/10 daripada rezeki dalam dunia. Kalau kita sama-sama bekerjasama, maka hasilnya tentu boleh membantu batch kita juga. Kita memerlukan persetujuan ramai untuk membentuk koperasi ini. Sekurang-kurangnya 20 ahli. Siapa yang berminat? Drop your name and details in the comment box supaya urusan seterusnya (mesyuarat/gathering/pemilihan AJK) dapat dilaksanakan



p/s Yan, maaf ya, gambar diambil tanpa kebenaran. Udah diberi kredit kira okey la kan? =P

Sunday, April 19, 2009

Pemilik Spa mahu kawen

kad beliau yang berwarna oren. aku suka rama-rama.

Sahabat semua. Salam.

Nor Marini Ariffin maw kawen ta lama lagi.
Tarikhnya:
2 Mei 2009 di rumah beliau.

Addressnya seperti berikut:
No 525, Jalan Margosa 18,
Taman Bukit Margosa,
70400,
Seremban,
NSDK



makan-makan start jam 1130 ya kawan-kawan sampai jam 430 ptg =P (jadual ini mesti mau taw. makan free)



ini pula peta ke rumah beliau


p.s harap2 dapat jumpa kamu semua lagi di majlis marini plak

p.s.s marila mari, kita ke majlis beliau

Saturday, April 4, 2009

Update Please

::SALAM::

Kepada semua yang mengaku ahli SHAMSIANS 9802,

Saya mohon. Mohon sangat-sangat.
Anda mengupdate diri anda kepada saya.

Saya perlukan:
a) Nama penuh anda
b) Alamat surat menyurat anda
c) No telefon anda (saya tidak akan mengganggu anda seperti yang tidak sepatutnya. Jangan risau)
d) Email anda yang boleh dihubungi
e) Tarikh lahir anda

Tolong, hantarkan data anda yang best itu kepada saya, supaya mudah saya berurusan untuk tujuan-tujuan SHAMSIANS 9802. Saya janji, saya akan rahsiakan data anda kalau anda tidak mahu orang lain mengetahuinya.

Hantarkan kepada:
shefny@yahoo.com.my

Sila letak "CONFIDENTIAL" kalau anda tidak mahu saya reveal kepada sesiapa. Saya akan meminta persetujuan anda jika ada yang mahukan data anda.


p/s kepada sesiapa yang telah beri segala data kepada Cik Liyana, tak perlu lagi beri pada saya.

TRIMAS SEMUA. SAYA SAYANG ANDA SEMUA.

p/s/s Taipan terakhir, bukan saya yang buat. Ada orang lain taipkan. Percayalah. Saya tak buat.

Wednesday, April 1, 2009

Sekitar Majlis Resepsi Shai

Sahabat sekalian, baru-baru ini, pada 14 Mac 2009, Noor Shaida Daik telah melangsungkan pernikahan dengan jejaka tercinta Risman Satiman, senior kita di SHAMS dulu.

::Ini beberapa shot menarik untuk dikongsi bersama::





saat-saat sah diijabkabulkan
mereka dilamun cinta
mama Mia, a nurse and gadis manes

Ifa, Damia, Kakak Pini dan Makcik Dijah =P


The Syahir Family bersama Munira dan Husna




Jejaka-jejaka hawt~ **aku amek ati je tau

Muka-muka yang tak tahu lagi bila nak bernikah pula

2 gadis bersama isteri bakal bergelar ibu: Wani,Fizah n Dibah


Ladies yang gila bergaya

Gentlemen yang biasa-biasa aje=P

Semoga Shaida dan pasangannya berbahagia kekal hendaknya ke akhir hayat.
Oke, who's turn next???

Friday, March 27, 2009

Satu Permulaan



Salam semua.
Ini gambar kita. Gambar kita semasa zaman remaja. Gambar kita semasa ramai mula gatal-gatal nak bercinta. Gambar kita satu batch semasa akhir Tingkatan 3.
Maaflah. Gambar semasa kita Tingkatan 5 yang beramai-ramai tu aku tak mampu nak letak. Sebab gambar tu dah terbakar bersama ruang tamu rumah aku.
Syukur Alhamdulillah. Akhirnya, aku tak semena-mena membuat blog untuk batch kita selepas idea ini diutarakan Encik John. Memandangkan social site friendster tak lagi boleh diharap maka aku dan rakan-rakan telah mengambil inisiatif untuk buat blog pula bagi berkongsi idea, bercerita, mencurah pendapat malahan berkongsi ilmu, expand network dan mungkin invitation kahwin
Jadi jangan segan silu untuk bersama-sama beramah mesra dan update diri anda melalui blog ini. Ouh ya. Aku perlukan kerjasama kamu semua untuk buat list batch bagi tujuan koleksi reunion. Trimas.
Ada siapa-siapa mahu menulis dalam blog ini? Sila inform pada aku.