Thursday, February 17, 2011
Elakkan keganasan dalam hubungan
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud,
"Perbaikilah wanita kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras, maka ia akan patah. Dan jika dibiarkan, maka ia kekal bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik"
~Dijadikan wanita itu dari tulang rusuk jauh dari kepala bukan untuk dijunjung, jauh dari kaki bukan untuk disepak terajang tapi dekat dengan tangan untuk dibelai, dekat dengan hati untuk disayangi~
Maaf lama ta hapdet.
Selamat Bulan Februari. Bulan Mengenang Kelahiran Rasulullah. Rahsia keunggulan Rasulullah SAW adalah melalui 7 amalan utama dalam kehidupan baginda. Setiap hari dimulakan dengan solat tahajud, khusyuk membaca Quran, menyertai solat Subuh jemaah di masjid, bersedekah, memelihara wudhu sepanjang waktu, menghiasi diri dengan solat dhuha dan mencintai zikrullah.
Semoga kita mampu melakukan walau satu sunnahnya (Jangan dok pikir, kawen 4 je sunnah Rasulullah)
*Tahniah pada mereka yang baru melangsungkan pertunangan
Izyan Diyana
Erman
Ayu Ahmad
Farhana Rahman
Nuruddin Maimon
*maaf kalau tertinggal*
dan juga yang baru mendapat baby comel
Hot Mummy:
Nurul Iman: Puteranya= Mohd Faris Irsyad
Atiqah : Puterinya= Dalyla Fateeha
Syamsiah: Puteranya= Mikhail
Oh YA: AHAD INI (20 FEBRUARI 2011) ada satu event main boling suka-suka di Alamanda Putrajaya start jam 11am. Semua DIJEMPUT berseronok-seronok sekali. :)
~Jumpa sahabat semua di Majlis Resepsi Lina Zainuddin. :)
Sunday, August 22, 2010
IFTAR RAMADHAN 1431
Trimas kepada yang hadir, buat yang tak hadir, takpe taun depan kalau panjang umur kita buat lain plak. :)
Walaupun ada la sedikit onak dan cabaran sepanjang proses menjayakan simple iftar ni, tapi pengakhirannya cukup menggembirakan.
Iftar kali ni turut disertai 5 gadis+jejaka generasi kedua penyambung legasi. Ada askar darwish, danish n nu'aim (bakal jd hot guys) dan ada bunga 2 kuntum damia si akrobatik dan akma tegap. (memang sangat tegap anak ipin ni, comel lak tu cam mak eh)
Gabungan gadis bujang, tunangan orang dan isteri orang :)
Ibu dan anak kecil berserta bakal ibu dan anak orang lain
Umpan way da menjadi. damia gembire.
Antara yang sempat menyaksikan kejadian "Aripudin"dan gambar TERkontrovesi....
:)Merpati sejoli berbaju hijau,
Terbangnya awal mengejar masa,
Kami doakan yang terbaik buat beliau dan beliau,
Moga kekal sampai ke syurga.
Till then, jumpe anda dikonvoi raya plak. :)
Salam Ramadhan.
Tuesday, August 10, 2010
Fadhilat Ramadhan: Sekeping Tazkirah dikongsi bersama.
KELEBIHAN RAMADHAN
Dipetik dari sumber astech
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
Thursday, August 5, 2010
THE REUNION DIARY PART 2
17 JULAI 2010
YAUMUL SABT
SESUDAH SAMPAI DI PANGKOR
Berjalan menuju ke Jeti Lumut. Sapa kacak?
Akhirnya, tiket telah dibeli oleh Cik Yana. Kami yang menanti sambil bergosip sesama sendiri dihentikan dengan suara The Kacaks, bilamana dorang separa menjerit serentak “weh Muyup!!” Rupa-rupanya Encik Muyup anak beranak datang bercuti ke Pulau Pangkor juga. Suatu kebetulan yang comel (apakah comel??!!) Ustaz Afiq bin Muyup terus bersalam-salaman dengan The Kacaks dan meni
nggalkan beberapa gadis dengan tanda tanya, siapa tu? Akhirnya, setelah penerangan diberi tentang keistimewaan Afiq, baru mereka teringat siapakah Afiq Muyup. Tak sangka dalam banyak-banyak tempat, keluarga Afiq Muyup pun bercuti kat Pangkor juge. Suratan atau kebetulan?.....(krik krik krik)
Kami lantas menaiki feri yang menuju ke Pulau Pangkor. Kelihatan riak wajah masing-masing gembira tak terhingga. Tapi muka paling rasa nak pukul ialah muka Apek sebab beliau mengadu lapar dari jeti. Pastu siap makan nasi lemak bungkus kat dalam feri. Comel je perangai bile lapar.
Apek cuba buat-buat ta tahu ape2 bile orang amek gamba
Ini Jeti Pangkor!! Sampai dah wehhh
Sampai di Pangkor, kami ramai2 rebut naik van pink. Suasana nyaman dan keindahan kampong nan permai di tepi pantai, pohon nyiur melambai-lambai seperti menyambut kedatangan kami. (ayat pejadah haram)
Van Air Bandung
Sesampai je di Uptown Resort, kami yang kebuluran pun segera memanjat anak tangga ke cafe untuk makan-makan. Masa tu, Aisyah pun ta sempat berkenalan lagi.
Warm welcome
Tak tahulah sama ada kami memang lapar atau memang perangai buruk lantak, tapi sume makanan di situ sedap belaka walaupun Udeng dengan sengaja mengambil ayam 2 ketul yang terakhir dan alasan Udeng memang cis! (rahsia)
Jam 5 petang, kami pun beramai-ramai kumpul di tepi pantai. It’s time tu bersuka-hati. SUKANEKA TIME BEBEH!!~
Comel je sume pakai tset ijau~
Akibat daripada semangat berpasukan kumpulan Jon amat tinggi, ditambah dengan kehadiran 2 jejaka sasa serta gadis yang ringan berat badannya, maka kumpulan mereka telah menjadi juara sukaneka dengan mudah seperti makan ABC
Kumpulan kami kalah sebab saja suke nak kalah :p
Namun kumpulan Addy tak kalah juga. Mereka ada seorang atuk berpengalaman dan jejaka penyelamat serta gadis radio dan gadis manis. Mereka juga dengan mudahnya memenangi terompah gergasi (mungkin sebab masing-masing macam perangai gergasi)
Mula-mula kami bagi can..pastu..kami JUARA tahu!!!
Upacara penyerahan air liur. haha
Kumpulan mama-baba di tempat ketiga dan kumpulan abang Mi di tempat ke 4. Sori abang Mi, try again next time~
Jimmy Neutron bersikap optimis walaupun dapat tempat terakhir
Game terakhir yang dimenangi pasangan terlarang ini membuktikan lelaki memang selesa berpeluk-pelukan sesama sendiri menyebabkan teori saya mengenai orang lelaki Bangla sahaja suka berpeluk sesama sendiri ditolak mentah-mentah
Pak Andak n Pak Pau :P
Sejurus selepas bermain riang, kami pun menyerbu laut ramai-ramai. Masa ni, Yana mula
mempamerkan kepada gadis2 skil terapung beliau. Eleh, beliau ingat saya tak bley terapung la tu. Heh heh heh
Menjelang malam, BBQ pun berjalan lancar. Melihatkan wajah Ayong di gambar saja sudah tahu betapa funnya malam tersebut. Walaupun ada beberapa kali Mia cuba memaksa saya duduk sambil meng-emcee, namun sumenya berjalan dengan baik. Abang Mi pun telah melaksanakan tugas membaca doa dengan baik
Tgk wajah Ayong. Gembire benar beliau
Makan-makan-dan-makan-lagi
Saya suka suara Bed bila beliau menyanyi. Memang patutla anda dapat duduk kelas Islah masa tingkatan 1. Part yang paling menarik hati adalah game terakhir bila Fathi kena nyanyi lagu dengan tajuk Adibah diiringi petikan gitar akustik Addy. Berikut adalah lirik lagu beliau:
Geylang si paku geylang
Geylang si rama-rama
Adibah anak mustapa
Anak mustapa
Adibah anak mustapa
* rangkap diulang berkali-kali sehingga beliau tergelak sendiri
Suasana yang patut jadi romantik jadi serabut dengan gelak tawa :D
Melihatkan kebuntuan Fathi menyelesaikan lagu tersebut, Maimon, Jon dan Jimi Neutron lantas ke hadapan membantu Fathi. Namun lebih malang bila lagu ’Adibah’ menjadi:
A.................................dii bah
Hoooooooooooooo...binya...
Bermain internet
Sumbang doll. Haha.
Malam itu diakhiri dengan Maimon mempromo kain Indonesia kepada gadis-gadis. The Kacaks pula dah sibuk bermain kad. Nasib baik Fathi ada temankan saya bersembang walaupun dengan tiba-tiba Yana & Ayong potong line sambil cakap “Fathi, aku nak borak dengan kau boley?“ Kacau daun oke? Huh.
Ketika itu juga, gadis-gadis dah sibuk bukak hamper bagi-bagi hadiah. Udeng yang tak turun tadi petang sebab tidur bersama rakan sepetidurannya (Apek) sibuk ke hulu ke hilir membawa bag plastik sambil ckp “aku nak rocky, aku nak rocky“
Udeng, pembalasan lunch tadi, aku sorok rocky aku bawah makanan lain dan cakap “aku takde rocky“ walaupun sebenarnya aku takdela suka pun rocky tu.. heh heh heh
Bersambung lagi...part akhir
Tuesday, August 3, 2010
THE REUNION DIARY: PART 1
Bukti hubungan 'persahabatan' akrab

Akhirnya kami pun bergerak-gerak khas. Dan Nisamendahului yang lain dalam perlumbaan antara kereta. Cayalah Nisa! Walaupun bergosip lebat dalam kereta, andamampu mengalahkan kereta Kia Forte, Pesona, Saga BLM, Saga, Naza, Neo. Go MyVi Oren! :D



Lelong-lelong
Siap-siap bergerak!!~
.......... bersambung nanti
...TEASER....
Ibu "gadis rebutan" yang tanak mengalah berposing juga
.The Kacaks.
Tuesday, June 8, 2010
Pulau Pangkor Jauh Ke Tengah
Seperti yang anda sedia maklum, akan diadakan satu reunion gile GAH pada 17-18 Julai 2010 sempena 8 tahun pemergian kita dari alam baju skolah, bau ketiak. Tempat yang bertuah ialah di PUALAU PANGKOR!

Kita akan mula berkonvoi dari RnR Sg Buloh dalam jam 8++ begitu dan akan tiba di jeti lumut lebih kurang jam 1pm. *Tanya lanjut kepada En Jon*
Ini ialah Feri (korang bley masuk cockpit die oh kalo pakcik feri bekhati. *Saya penah bawak feri.hee*)Kemudian, kita check in dan lunch.
Anda boleh jamaq taqdim.
Aktiviti bergumbira akan start sebelah petang pada jam 4-630pm. Kita akan melakukan aktiviti pantai. Sukaneka untuk gadis-gadis, jejaka-jekaka, Ibu-ayah, Anak-beranak, Suami-isteri. Ia pastinya FUN.FUN.FUN!!!!
** anda dikehendaki memakai T-Shirt batch
Kemudian kita having tea, dan bersiap untuk dinner nanti. Dinner start jam 930 selepas perbincangan Batch (pemilihan AJK baru. Sila lihat pencalonan di sidebar). DINNER haruslah ada BARBEKU, barulah rancak makan.
Pada jam 12 am, aktiviti berasingan (jejaka vs gadis) akan dilakukan bagi merapatkan hubungan kawan-kawan supaya tak berGENG memanjang. Rapatkan Ukhwah YOK!~ *optional*
**************************************************************************
Kemudian anda boleh beraktiviti bebas!!
Anda bley buat TOUR round pangkor. RM10 sorang (kalau tak silap)
atau
Anda bley sewa basikal dan berbasikal keliling Pangkor
Thursday, November 19, 2009
Update Baruuu~
Baik.
MAJLIS PERKAHWINAN 2
12 DISEMBER 2009

Hajar dan Afif telah pun bergelar mami and dedi 7 November lalu!

Baby memang cuuuuuuuteee! tahniah Afif & Hajar. Moga Aufa menjadi anak soleh. Amiin
Sunday, August 9, 2009
Alhamdulillah
Banyak benda nak diupdate sebenarnya. Macam-macam perkara yang berlaku sepanjang minggu-minggu yang berlalu. Tapi semuanya disusuli dengan Alhamdulillah.
Berita Hangatz
Ahmad Shahir dan Muneerah telahpun selamat diijabkabulkan pada 1 Ogos yang lalu di mana pada 2 Ogos mereka telah mengadakan resepsi di rumah Tuan Hj Jamil yang tersegam indah di Sepang (Oh, jauh betullah rumah anda!!). Maka bersatulah kasih dan cinta mereka. Walaupun mereka berjauhan namun kasih sayang masih utuh tidak terlerai. Dan demi buktikan kasih pada isteri, Sang Suami akan berhari raya di Indonesia kelak kerana Muneerah tak habis lagi pengajian di sana. Riak bahagia jelas ternyata dari wajah mempelai. Didoakan semua keduanya akan hidup bahagia ke akhir hayat. Alhamdulillah
Comel ah muka Muneerah. Berseri-seri gitu~;P
Ini adalah mereka yang cuba mengambil berkat pengantin. ngeh3Berita Menarik
Nurul Hafidzah Zufakhar dan suami sudahpun menimang seorang puteri amat comel diberi nama Damia Humaira. Nampaknya nama anak beliau hampir serupa dengan anak buah sulung shamsians9802. Bolehlah kedua-dua Damia menyambung legasi shamsians9802 nanti. Anak beliau yang dilahirkan tanggal 8/8/09 (kata orang cina manyak ong tau ini nombor~huhu) selamat dan sempurna segala sifat. Semoga Damia Humaira membesar dengan sihat, cergas, bijak dan solehah. Amiin. Alhamdulillah, syukur Ya Allah.
Damia Humaira bersama bondanya dan Auntie Ayong. heeIngat Siti Noor Asiah Adnan? Beliau merupakan x-1,2 ihsan dan 3 islah. Beliau telahpun bertunang pada sabtu yang lepas bersamaan 8/8/09 (tarikh yang sama dengan kelahiran Damia). Semoga perjalanan cintanya berjalan lancar dan dapat disatukan dengan segera. Alhamdulillah jodohnya sudah sampai. (weh, kenapa kau bertunang cepat sangat? aku nih makcik kau tahu?? patut bagi laluan kat aku dulu! huh~)




Kegembiraan Iqma seusai berbuka

















