Ahmad teringat peristiwa kali pertama Liverpool menjejakkan kaki ke Malaysia. Waktu itu Ahmad masih lagi di tingkatan tiga. Kerana keputusan percubaan PMR Ahmad yang agak memberansangkan, Fakrul membawa anaknya ke perlawanan persahabatan tersebut. Walaupun Fakrul peminat tegar Manchester United, Fakrul memenuhi kehendak anaknya itu dan membawa sekali semua anak dan isterinya. Zubaidah sememangnya tidak pernah ikut menonton bola pada hari itu meluangkan masa untuk keluarga. Zubaidah lebih gemar jika anaknya meminta buku-buku ilmiah ataupun pakaian kerana dapat juga dia berjalan-jalan di pusat membeli-belah.
Abang Ahmad, Adam merupakan pelajar pintar di sekolahnya. Adam lebih mesra dengan ibunya. Namun perlakuan Ahmad jauh berbeza dengan abangnya. Walaupun Ahmad bukanlah pelajar pintar di sekolahnya, dia masih mendapat tempat untuk menduduki kelas pertama. Ahmad sangat menentang sistem pembahagian kelas mengikut kepandaian. Bagi dirinya semua berhak mendapat pendidikan yang sama.
Sewaktu tiba di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahmad merasakan sesuatu aura yang sangat pelik. Adrenalinnya bergerak pantas. Stadium dipenuhi dengan mereka yang bebaju merah. Mereka beramai-ramai menyanyikan lagu "You'll Never Walk Alone" . Bila ada sahaja pemain Liverpool yang turun padang untuk sesi panas badan, mereka bersorak. Penyokong-penyokong juga tidak ketinggalan untuk menyokong pasukan negara. Sejurus perlawanan dimulakan Ahmad cuba fokus kepada permainan. Niatnya untuk menyarung jersi Liverpool sudah lama dipendamnya. Namun dia juga akui yang sukar untuk pemain dari Malaysia bermain di luar negara kerana kedudukan pasukan negara di persada antarabangsa tidak begitu baik. Permainan tamat, dan kemenangan berpihak kepada pasukan lawan. Persembahan yang baik ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan. Ahmad puas.
No comments:
Post a Comment