Friday, March 27, 2009

Satu Permulaan



Salam semua.
Ini gambar kita. Gambar kita semasa zaman remaja. Gambar kita semasa ramai mula gatal-gatal nak bercinta. Gambar kita satu batch semasa akhir Tingkatan 3.
Maaflah. Gambar semasa kita Tingkatan 5 yang beramai-ramai tu aku tak mampu nak letak. Sebab gambar tu dah terbakar bersama ruang tamu rumah aku.
Syukur Alhamdulillah. Akhirnya, aku tak semena-mena membuat blog untuk batch kita selepas idea ini diutarakan Encik John. Memandangkan social site friendster tak lagi boleh diharap maka aku dan rakan-rakan telah mengambil inisiatif untuk buat blog pula bagi berkongsi idea, bercerita, mencurah pendapat malahan berkongsi ilmu, expand network dan mungkin invitation kahwin
Jadi jangan segan silu untuk bersama-sama beramah mesra dan update diri anda melalui blog ini. Ouh ya. Aku perlukan kerjasama kamu semua untuk buat list batch bagi tujuan koleksi reunion. Trimas.
Ada siapa-siapa mahu menulis dalam blog ini? Sila inform pada aku.