Sunday, May 31, 2009

SHAMS 50 YEARS OLD

salam buat teman2 SHAMS 98-02...

SHAMS akan menganjurkan makan malam mahabbah sempena jubli emas 50 tahun penubuhannya...

Sehubungan dengan itu, dijemput sahabat2 sekelian sebagai alumni untuk memeriahkan majlis ini yang akan berlangsung pada 19 jun jam 8 malam dengan bayaran sejumlah RM50 utk setiap orang...

Untuk maklumat lanjut sahabat2 boleh menghubungi Izzudin di talian 0197317735...(Ya..Izzudin anak Cikgu Noriah~)

Sekian, terima kasih

p.s Ada sapa-sapa na join lawatan sambil belajar di PD ini minggu? Najwa mahu melawat Negeri Sembilan.. huhu~

Thursday, May 14, 2009

Dian Membakar Diri

Salam semua.

Sejak kita mula menjejak kaki ke SHAMS, dah banyak guru yang menabur bakti. Tak kisahlah guru tu menggembirakan, menyeronokkan, menyampahkan atau sebagainya, tapi beliau tetap setia melimpah dan mencurahkan ilmu di dada untuk kita penyambung bangsa.

Ingat tak lagi, masa ustaz khazri mula-mula mengajar? very impressive. dahla muda, hensem plak tu, pandai Arab lagi. Sekali turn out, very the scary dan garang punya orang. Huhu~ Tapi, kalau beliau tak garang, tak mungkin Nuruddin ada result yang best dalam Bahasa Arab Tinggi. =P

Atau Sir Zanib yang suka tolak kaki budak perempuan ke bawah meja sebab nampak kain dalam masa mengajar. hahaha~ dan juga Cikgu Yazid yang asyik tertidur-tidur belakang kelas masa presentation kelas Sejarah

Ingat lagi aku, masa Cikgu Aminah ajar Geografi, semua orang pun nak buat yang paling cool masa presentation. Aku suka Cikgu Aminah tu. Very motherly and sweet (Cikgu Zizah pun macam tu juga) Tapi bila beliau menjeling, agak seram la.. huhu dan Ustazah Nahayati yang pernah menangis sebab merajuk kita orang buat bising dalam kelas. (XX)

Arwah Cikgu Mayut plak orangnya sangatlah sempoi. Tapi agak kejam la sikit dalam bab kutuk mengutuk kan. Ok, off the record. Doakan sahaja beliau bahagia di dunia sebelah lagi. Tapi nak cakap juga, beliau suka mengusik Ayu Alias dan jadikan Amalina anak murid kesayangan. hahaha~

Bersempena dengan Hari Guru 2009 ni (16 Mei 2009), marilah kita sama-sama mendoakan kebahagian guru-guru yang pernah mengambil bahagian dalam hidup kita, mengajar, mendidik penuh sabar (mungkin ada yang tak sabar sikit guna rotan=P). Semoga segala tindakan mereka dalam menjadikan kita manusia berguna akan dibalas tuhan dengan pahala berganda.

Terima kasih cikgu-cikgu semua!!!



Dari Lidahmu




Dari lidahmu
berakar segala kebenaran
menegakkan pohon i1mu
merimbunkan daunan pengetahuan.

Dari lidahmu
menyusuri liku-hku waktu
lalu engkau taburkan benih kehidupan
yang bernama i1mu
harta yang tak ternilai ditafsirkan.

Dari lidahmu
terkumpul dan menitiskan madu
yang menadah lalu membariskan doa
ikh1as dan sepenuh hati.

Dari lidahmu
bagaikan embun menitis di tengah gurun
menyuburkan ladang ilmu
lalu mengalir di segenap waktu.





Ahmad Sarju




Duduk dari kiri: Ustazah Nahayati, Ustazah Zaharah, Puan Mariam, Puan Noriah, Puan Aminah,
Puan Jawahir, Ustazah Zabedah, Ustazah Khuzaimah, Tuan Hj Yazit, En. Yau Thin Seng,
Ustaz Idrus, En. Ismayuddin, En.Basri, En.Sinar Mahsuri, En. Supurmaniam
Barisan kedua dari kiri: Puan Zahariah, Ustazah Noor Bee, Puan Azizah, Ustazah Mahaya,
Puan Asmah, Puan Sawiyah, Ustazah Asmah, Puan Fatimah, Puan Norshida, Puan Noraini,
Cik Ong Yoke Eng, Puan Siwar Kaur, Puan Aniza, Puan Kamariah, Puan Sanda Kumari,
Cik Zuriyanai, Puan Darnawati, Puan Suraya, Puan Norhaniza, Puan Mansurah, Puan Norhana,
Puan Zainoriah, Puan Wan Mahanum

Belakang dari kiri: En. Anuar, Ustaz Saiful Baharin, En. Mohd.Faizal, Ustaz Mohd. Hapizi,
En. Mohd. Zanib, En. Abdul Jalil, En Mohammad, En. Mohd Radhi, Ustaz Azimi


p.s Selamat Hari Guru juga buat sahabat-sahabat yang menjadi pendidik seperti Fizah Zulfakhar, Farahiyah Airina, Hidayu Azizul, Farhana Rahman (sekadar sebut beberapa nama)


p.s Selamat Hari Lahir untuk member2 yang sambut hari lahir time Hari Guru juga. Ouh ya, dan happy belated birthday untuk Hafidzatul Husna.

Wednesday, May 6, 2009

Pelbagai dalam satu

Salam Sahabat sekalian;

Ada banyak benda nak diupdate sebenarnya, tapi server internet seakan cemburu dengan aku untuk mengupdate belog ini.

Maka, sementara berkesempatan, aku ingin mengkhabarkan beberapa berita untuk kalian semua.

BERITA 1

Marini Arifin sudah selamat bernikah dan melangsungkan resepsinya 2 Mei yang lalu bersama suami tercinta. Disebabkan aku lambat hadir kerana masalah pengangkutan, maka tak banyak gambar yang aku ambil. Dan 2 keping gambar sahaja sempat aku rakam memandangkan aku tidak punya kamera SLR.(agak malu nak tangkap gambar banyak-banyak =P) Kepada sesiapa ada gambar resepsi beliau, forwardlah kepada administrator belog ini ya (addy rock, jon smart, boyat . . . ,pini baik =P)

Majlis Potong Kakwah!~ Nampak cam sodap (aku tak rasa pun, tak sempat.huhu~)


Nurse IJN dan rakan sebatch 9802 (Zakirah Omar dan Hani Diana)

SITI NUR Izyan Diyana (such as Siti Nurhaliza la), Mempelai dan Ain Zalikha (Credit to Yan's blog)

Erman dan Isteri orang (Credit to Yan's blog)


BERITA 2

Oke, semua sudah mengetahui bahawa Marini Arifin menyediakan perkhidmatan SPA dan kecantikan. Ia terletak sekitar kawasan rumah tersebut juga. Maka sesiapa berminat, anda boleh menghubungi beliau di nombor ini 0192627122

BERITA 3

Ustaz Khazri kemalangan baru-baru ini (Menurut Encik IfQzuan) Beliau telah patah kaki. Marilah doakan beliau cepat sembuh walaupun beliau pernah rotan anda dulu masa kelas Bahasa Arab. Buang yang keruh ambil yang jernih ya. =)

BERITA 4

Kepada sesiapa yang ingin promo perniagaan mahupun peluang pekerjaan kepada rakan-rakan di dalam belog ini, silalah hubungi saya di ym: sipini_hii atau nombor telepon kebiasaan saya supaya kita boleh mengiklankannya di belog ini

BERITA 5

Baru-baru ini, ada cadangan untuk membentuk koperasi batch 9802 untuk menjana pendapatan bersama-sama. Sesungguhnya berniaga itu 9/10 daripada rezeki dalam dunia. Kalau kita sama-sama bekerjasama, maka hasilnya tentu boleh membantu batch kita juga. Kita memerlukan persetujuan ramai untuk membentuk koperasi ini. Sekurang-kurangnya 20 ahli. Siapa yang berminat? Drop your name and details in the comment box supaya urusan seterusnya (mesyuarat/gathering/pemilihan AJK) dapat dilaksanakan



p/s Yan, maaf ya, gambar diambil tanpa kebenaran. Udah diberi kredit kira okey la kan? =P