Friday, December 2, 2011

Tazkirah Jumaat

Sekadar untuk berkongsi..Dapat dari khutbah jumaat tadi..da lame aku xtido time khutbah ni..tadi segar plak mata aku walaupun hujan lebat giler...

Ada empat perkara yang menyebabkan hati menjadi gelap iaitu:

•Perut yang selalu kenyang

•Bercampur gaul dengan orang yang zalim

•Melupakan dosa yang pernah dilakukan

•Angan-angan yang melambung.

notatambahan:bagi aku xpe berkulit hitam asalkan bukan hati yang hitam..hikhikhik

notatambahan2:gelap ngan itam same x?

notatambahan3:ade 4 perkara gak yang leh buat hati terang..tapi aku xdapat tangkap time khutbah tadi sebab aku da stat berangan-angan lps dengar "angan-angan yang melambung". Sape tau leh la berkungsi ye...

Friday, November 11, 2011

Tahnik

Memandangkan ghamai yang da berumah tanggo n bakal bekawen xlamo laie,ni ha den nak kungsi ckit pasal bertahnik ni..po bondo eh tahnik ni?tahnik ataupun "belah mulut". secaro jujur eh den pun xtau po bondo eh tahnik ni..hikhikhik

Tahnik dari sogi bahaso eh iolah lelangit. dari sogi pengertian eh mengunyah buah tamar atau apo2 pun yg samo dongan eh lantas disapu atau gosok kurma tu kek lelangit mulut bayi..

Tahnik ni sunnah nabi yang perlu kito buek kek bayi yang baru lahir. Para ulamak bersepakat tahnik ni sunat dibuek. Sapo buek dapek la pahalo,sapo xbuek xdo doso do..bukan bondo wajib pun,sunat yo..

Tahnik afdal dibuek dongan kurma. Kalo xdo kurma,apo2 bondo manih pun bulih. tapi jangan guno makanan yang da dimasak. Maksud eh kono bondo yang presh la..jangan palk diboghi eh coki2 xpun tamtam kek budak tu..Seelok eh bukak an sikit mulut bayi supayo dio bulih ghaso kurma tu.

Apo tujuan eh tahnik ni?Antaro tujuan eh atau kolobihan eh iolah:

  • melatih bayi untuk makan dan menguatkan mulut eh
  • melatih bayi untuk menghisap..nanti sonang nak isap susu ibu eh
  • melancarkan percakapan bayi
  • kot lahir-lahir da makan bondo manih,so harapan eh da bosa nanti cakap bondo2 manih n baik yola
  • memboghi tenago kek bayi tu
  • lain2, gugel la sendighi yo
Bilo plak disunatkan buek tahnik ni? Tahnik ni bullih dibuek semaso ari kelahiran bayi tu..xpayah tunggu 7hari,44 ari ko..lahir2 yo,da bulih buek tahnik ni.sesapo pun bulih buek tahnik ni..tapi seelok eh bapak atau omak eh la..nak elok laie suruh la ulamak or ustat2 ko..xpun Syaiful Azmi pun bulih yo..diokan ulamak shams.

Nota tambahan:boto salah togo la yo..den pun bukan tau na do tahnik ni..kot ado po2 info tambahan,bulih la tokok tambah yo..
selamat la yo pado yang nak bekawen tu..mogo2 diberkati n koka hinggo anak cucu..

Tuesday, November 1, 2011

APDET!!??

Apo xdiapdet eh blog ni?da besarang da ha...mano penulih2 eh?baya kemain maha,nulih eh maleh..
mano cito2 tekini budak2 shams?sapo nak kawen eh?tiap kali bukak blog ni musti tgk

::Event Seterusnya::

SHAHRUL FADHLI, NURUDDIN MAIMON DAN ADIBAH ADIB
29 MAY 2011

usah bejoman eh da..orang yg nak kawen eh tu da nak beranak pinak da ha..tp still "event seterusnya".

penulih misteri eh mano?da abih idea nak kutuk budak2 sekolah?kot da abih bulih buek entry kutuk2 cikgu plak...kot ghaso xbaek kutuk cikgu,leh buek pertandingan nulih nostalgia budak-budak shams9802..anta karangan anda xlobih 360 patah perkaataan ke shamsians9802@gmail.com. hadiah misteri menanti pomonang..hadiah akan ditajo oleh gomok..banyak duit budak ni..harap2 dimurahkan joki eh dan dibukak an pintu hati eh untuk bertaubat....

mano ady plak menghilang?slalu aktif yo deh kek FB..sojak 2monjak ni,sonyap yo deh..den sebagai peminat novel bersiri eh keciwa la..xdapek nak baco sambungan novel eh..da lobih 3bulan da ha xdo sambungan novel eh...xdo ideo da ko?tiap-tiap ari bukak blog ni ngan harapan ado sambungan novel eh...patut eh xpayah la buek bersiri..buek abih toguih..xdo la buek orang ternanti2..nasib baek la den ni peminat setio dan bukan orang yang suko memberontak..

tazkirah atau kato2 semangat pun xdo ko untuk tatapan kito sumo?paling koman pun kato2 mutiaro untuk hari ini pun jd la..

sapo laie penulih eh ni?sepni?ponah ko dio nulih kek blog ni?xponah nampak pun..hikhikhik

nota tambahan:cukup menyampah ngan orang komen kek fb or mesej yang penghujung eh diakhiri ngan perkataan "hahahaha","hihihi","huhuhu"...bajet kool la tu?hak tuihhhh!!!
kot "hikhikhik xpo..nampak kool ckit..hikhikhik

Wednesday, June 15, 2011

Diam

Penulis komain ramai. Yang ngusahakan sikit je. Memandangkan wa mempunyai kuasa menaip dalam ini belog. Wa berharap kalian semua sihat-sihat lah hendaknya. Bagi memeriahkan semula belog yang sangat diam ni. Wa akan membuat entri berkisahkan kenangan wa masa kat sekolah korang ni.

Wa duk pun tak lama. 3 tahun yang sangat panjang jika nak dibandingkan dengan 3 tahun sekarang. Arini wa nak imbau kembali staff yang menjaga wa masa wa bersekolah di sana. Antara staff yang paling wa ingat. Abang Nik. Abang Nik ni kerani merangkap warden tak silap wa. Kehebatan abang nik ialah mengenali semua nama budak kat sekolah. Wa tak tau lu perasan ke tak tapi bila wa ngan beberapa budak pergi pejabat, pasti abang nik tegur kitorang siap main nama bapak lagi. Main nama bapak ni memang lejen. Lu akan merasainya bila nama bapak lu rare. Wa rasa wa tau petua macam mana ingatan abang nik ni kuat. Tapi wa taknak cite ngan lu orang. Biar rahsia tu di kalangan wa, Arip ngan Toyed.

Sorang lagi staff merangkap warden, Kak Hasnah. Kak Hasnah takde kelebihan macam abang nik, cuma dia ada kekurangan. Kekurangan tu takyah wa cite. Tapi yang bestnya mintak outing paling senang ialah ngan Kak Hasnah ni. Dulu lepas wa ngan dak-dak KOOP abis jaga KOOP, kitorang selalu la lepak depan umah Kak Hasnah ni. Lepak sambil makan kerepek pedas, kacang salut tepung ngan kadang-kadang aiskrim hadiah dari brader nestle sebab tolong angkat aiskrim. Kengkadang ada gak Kak Hasnah sound suh blah sebab memekak memalam kan. Kelejenan Kak Hasnah ialah bila dia paksa budak-budak ni beli selipar Bata sama tu yang konon-konon dapat mengurangkan kadar kehilangan selipar di surau. Tapi 2 bulan wa rasa paling lama selipar tu ada kat asrama. Lepas tu siapa ada selipar tu kat kaki memang power sorok selipar. Wa pelik camne semua selipar yang sama boleh hilang.

Staff berikutnya Acik Beni. Acik Beni tukang bawak bas kat sekolah. Kadang-kadang jadik tukang kebun. Kiranya level R1 la kalo ikut skim kerajaan. Petang-petang Isnin Rabu Kames kot dia gunting rambut budak-budak ni. Tapi tak dapat la lu nak gunting macam gunting kat salon. Dapat rasa ehem-ehem. Stail pun sama je xde slop tinggi ke. Mohowk ke. Wa suka gunting botak je ngan Acik Beni sebab kompom x bertobek. Dia ada 2 orang anak pompuan. Anak dia bagi wa time tu hot la. Walaupun yang kecik tu ala-ala pengkid tapi kira hot gak la. Apatah lagi akak dia yang menjadi rebutan budak-budak Sheikh Ahmad.

Dan tidak dilupa kepada Acik Airad. Dia ngan Acik Beni sama level kot. Tapi masa wa nak blah dari sekolah dia dah buat keje opis. Taip surat berenti sekolah wa. Acik Airad ada kedai sate kat benteng Ampangan. Lu tau tak benteng ampangan yang mana ni. Ala sebelah BSN ampangan yang sekarang ni dah terbakar tu. Sate dia boleh tahan la terbaiknya. Tapi kesah acik airad ni tak banyak dalam ingatan wa. 3 orang staff yang atas tu paling banyak hadir dalam hidup wa kat sekolah SHAMS tu.

peeslashass Megat kacau line

Wednesday, March 30, 2011

Tazkirah Malam Khamis

lamo kan den diam..
boto poik den pun dah xdo idio nak konakan sapo kek belog ni..
tapi den adolah tokonang kan si taufik..
skang ni dio dah jadik cikgu kek sekolah swasta..
skolah agamo..
bagus budak tu..
maghin taim belajar den ingat laie..
sumo makanan minum potang di cocah ngan air milo..

tapi aghi ni den nak bertazkirah..
bulih ko?
takdo la, den pun nak gak dapat saham masuk syurgo..
walaupun den ghaso den tak beghapo nak layak..
selalu den pikir dalam kepalo hotak den ni..
den nak masuk syurgo ko den taknak masuk nerako?
kalo di pikir ayat tu poning kan..
nampak macam samo..
tapi ayat yang mendalam..

so intipati tazkirah den pagi ni yolah "Allahuakbar"..
satu perkataan yang simple..
umang ai omputih deh..
maksud Allahuakbar Allah Maha Besar..
dan takdo bondo laie yang lagi bosa dari Allah..
namun sekarang ni den tengok..
orang lobih takut dongar bilo oghang lain cito pasal hantu daghi cito pasal Allah..
bilo oghang cito pasal Allah paling tidak pun terdetik dalam hati cito ni dah banyak kali den dongar..
bosan la..
bondo samo yo di cito..
tapi bilo dongar cito antu..
ulang banyak kali pun takut..

Allah Maha Besar perkataan ni di ulang bekali2 bilo time solat..
tapi apo yang ado di benak hati kito taim sobut Allahuakbar tu..
apo nak buek lopeh solat..
dah tebayang nak solat dogheh abih sobab tak saba nak nonton kejora dan bintang..
sedangkan Allah Maha Besar tu..
camno lak bulih tebayang bondo lain time solat..
langsung takdo perasaan takut..
cubolah ekau bodopan ngan oghang paling bosa kek dopan mato ekau..
apo ekau buek..
diam ko? buek lawak ko? cubo pikir..

Ni ado satu laie part yang caya..
den selalu lah gak tengok diorang ni bekumpo sobab an parti kesayangan..
lopeh ceghamah sumo laung Allahuakbar..
komain kuek..
besemangatla donga eh..
tapi sbona eh apo di laung tu cumo nak tunjukkan kesetiaan kek pemimpin parti..
kek situ dah ado clash dah..
sapo yang laie bosa?
pemimpin ko Allah?
takpun nak menunjukkan yang apo yang di pejuangkan tu Islam..
dan pengikut-pengikutnyo Islam..
tu yang buek den sodih tu..
Allahuakbar di salah guno kan..

berzikir ingat Allah tu bagus..
tapi kalo berzikir dalam keadaan mabuk camno lak?
mabuk dalm konteks den nu bukannyo mabuk minum bia..
tapi mabuk tidak faham apo yang di lafazkan..

tu yo yang den cubo sampaikan..
renung-renungkan dan selamat beramal..

p/s ghupo eh tak bulih tulih renung2kan tu dalam loghat nogoghi..
p/s 2 maaf yo den tulih ni untuk kongsi peghasaan den yo kalo ado salah kito bincangkan yo

Monday, February 28, 2011

Assalamualaikum sahabat sekalian.

Sedikit Pengumuman
**Saya ingin mengalu-alukan sesiapa yang ingin berkongsi nasihat, tazkirah, isu semasa untuk tampil kepada saya mahupun pada admin blog ini untuk diposkan supaya kita sama-sama berkongsi perkara yang berguna**

(Hari ni saya mengambil satu hadis yang dikongsi oleh Pn Hafifah Halim di FB)

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim"

Huraiannya:
  1. Silaturrahim bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang telah terbina terhadap saudara, kerabat, teman dan sebagainya
  2. Membina dan mengeratkan silaturrahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah SAW amat membenci golongan yang suka memutuskan perhubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksunya: "Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga (3) hari"
  3. Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang telah retak atau memulihkan semula ketegangan perhubungan malah ia membawa erti yang lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya
  4. Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahukui dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.
  5. Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh insan itu sendiri dan tidak boleh diampunkan Allah SWT

Maka kawan-kawan, eratkanlah hubungan silaturrahim dan janganlah bertengkar mahupun bermusuhan sesama kita :)

JUMPA DI MAJLIS IDAYU ALIAS. JELEBU. 5MAC11. & ISA AZZAKI (USTOK). KEPONG, 6MAC11

p/s Teringat arwah Cikgu Mahyudin panggil ayu, taik lalat segi empat selari. :D

Thursday, February 17, 2011

Elakkan keganasan dalam hubungan

Salam sahabat

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud,

"Perbaikilah wanita kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras, maka ia akan patah. Dan jika dibiarkan, maka ia kekal bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik"


~Dijadikan wanita itu dari tulang rusuk jauh dari kepala bukan untuk dijunjung, jauh dari kaki bukan untuk disepak terajang tapi dekat dengan tangan untuk dibelai, dekat dengan hati untuk disayangi~


Maaf lama ta hapdet.

Selamat Bulan Februari. Bulan Mengenang Kelahiran Rasulullah. Rahsia keunggulan Rasulullah SAW adalah melalui 7 amalan utama dalam kehidupan baginda. Setiap hari dimulakan dengan solat tahajud, khusyuk membaca Quran, menyertai solat Subuh jemaah di masjid, bersedekah, memelihara wudhu sepanjang waktu, menghiasi diri dengan solat dhuha dan mencintai zikrullah.

Semoga kita mampu melakukan walau satu sunnahnya (Jangan dok pikir, kawen 4 je sunnah Rasulullah)

*Tahniah pada mereka yang baru melangsungkan pertunangan
Izyan Diyana
Erman
Ayu Ahmad
Farhana Rahman
Nuruddin Maimon
*maaf kalau tertinggal*

dan juga yang baru mendapat baby comel
Hot Mummy:
Nurul Iman: Puteranya= Mohd Faris Irsyad
Atiqah : Puterinya= Dalyla Fateeha
Syamsiah: Puteranya= Mikhail

Oh YA: AHAD INI (20 FEBRUARI 2011) ada satu event main boling suka-suka di Alamanda Putrajaya start jam 11am. Semua DIJEMPUT berseronok-seronok sekali. :)

~Jumpa sahabat semua di Majlis Resepsi Lina Zainuddin. :)