Thursday, February 17, 2011

Elakkan keganasan dalam hubungan

Salam sahabat

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud,

"Perbaikilah wanita kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras, maka ia akan patah. Dan jika dibiarkan, maka ia kekal bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik"


~Dijadikan wanita itu dari tulang rusuk jauh dari kepala bukan untuk dijunjung, jauh dari kaki bukan untuk disepak terajang tapi dekat dengan tangan untuk dibelai, dekat dengan hati untuk disayangi~


Maaf lama ta hapdet.

Selamat Bulan Februari. Bulan Mengenang Kelahiran Rasulullah. Rahsia keunggulan Rasulullah SAW adalah melalui 7 amalan utama dalam kehidupan baginda. Setiap hari dimulakan dengan solat tahajud, khusyuk membaca Quran, menyertai solat Subuh jemaah di masjid, bersedekah, memelihara wudhu sepanjang waktu, menghiasi diri dengan solat dhuha dan mencintai zikrullah.

Semoga kita mampu melakukan walau satu sunnahnya (Jangan dok pikir, kawen 4 je sunnah Rasulullah)

*Tahniah pada mereka yang baru melangsungkan pertunangan
Izyan Diyana
Erman
Ayu Ahmad
Farhana Rahman
Nuruddin Maimon
*maaf kalau tertinggal*

dan juga yang baru mendapat baby comel
Hot Mummy:
Nurul Iman: Puteranya= Mohd Faris Irsyad
Atiqah : Puterinya= Dalyla Fateeha
Syamsiah: Puteranya= Mikhail

Oh YA: AHAD INI (20 FEBRUARI 2011) ada satu event main boling suka-suka di Alamanda Putrajaya start jam 11am. Semua DIJEMPUT berseronok-seronok sekali. :)

~Jumpa sahabat semua di Majlis Resepsi Lina Zainuddin. :)

No comments: