Monday, February 28, 2011

Assalamualaikum sahabat sekalian.

Sedikit Pengumuman
**Saya ingin mengalu-alukan sesiapa yang ingin berkongsi nasihat, tazkirah, isu semasa untuk tampil kepada saya mahupun pada admin blog ini untuk diposkan supaya kita sama-sama berkongsi perkara yang berguna**

(Hari ni saya mengambil satu hadis yang dikongsi oleh Pn Hafifah Halim di FB)

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim"

Huraiannya:
  1. Silaturrahim bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang telah terbina terhadap saudara, kerabat, teman dan sebagainya
  2. Membina dan mengeratkan silaturrahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah SAW amat membenci golongan yang suka memutuskan perhubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksunya: "Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga (3) hari"
  3. Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang telah retak atau memulihkan semula ketegangan perhubungan malah ia membawa erti yang lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya
  4. Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahukui dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.
  5. Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh insan itu sendiri dan tidak boleh diampunkan Allah SWT

Maka kawan-kawan, eratkanlah hubungan silaturrahim dan janganlah bertengkar mahupun bermusuhan sesama kita :)

JUMPA DI MAJLIS IDAYU ALIAS. JELEBU. 5MAC11. & ISA AZZAKI (USTOK). KEPONG, 6MAC11

p/s Teringat arwah Cikgu Mahyudin panggil ayu, taik lalat segi empat selari. :D

1 comment:

nurul said...

hehehe..
alfatihah tuk arwah..