Wednesday, June 15, 2011

Diam

Penulis komain ramai. Yang ngusahakan sikit je. Memandangkan wa mempunyai kuasa menaip dalam ini belog. Wa berharap kalian semua sihat-sihat lah hendaknya. Bagi memeriahkan semula belog yang sangat diam ni. Wa akan membuat entri berkisahkan kenangan wa masa kat sekolah korang ni.

Wa duk pun tak lama. 3 tahun yang sangat panjang jika nak dibandingkan dengan 3 tahun sekarang. Arini wa nak imbau kembali staff yang menjaga wa masa wa bersekolah di sana. Antara staff yang paling wa ingat. Abang Nik. Abang Nik ni kerani merangkap warden tak silap wa. Kehebatan abang nik ialah mengenali semua nama budak kat sekolah. Wa tak tau lu perasan ke tak tapi bila wa ngan beberapa budak pergi pejabat, pasti abang nik tegur kitorang siap main nama bapak lagi. Main nama bapak ni memang lejen. Lu akan merasainya bila nama bapak lu rare. Wa rasa wa tau petua macam mana ingatan abang nik ni kuat. Tapi wa taknak cite ngan lu orang. Biar rahsia tu di kalangan wa, Arip ngan Toyed.

Sorang lagi staff merangkap warden, Kak Hasnah. Kak Hasnah takde kelebihan macam abang nik, cuma dia ada kekurangan. Kekurangan tu takyah wa cite. Tapi yang bestnya mintak outing paling senang ialah ngan Kak Hasnah ni. Dulu lepas wa ngan dak-dak KOOP abis jaga KOOP, kitorang selalu la lepak depan umah Kak Hasnah ni. Lepak sambil makan kerepek pedas, kacang salut tepung ngan kadang-kadang aiskrim hadiah dari brader nestle sebab tolong angkat aiskrim. Kengkadang ada gak Kak Hasnah sound suh blah sebab memekak memalam kan. Kelejenan Kak Hasnah ialah bila dia paksa budak-budak ni beli selipar Bata sama tu yang konon-konon dapat mengurangkan kadar kehilangan selipar di surau. Tapi 2 bulan wa rasa paling lama selipar tu ada kat asrama. Lepas tu siapa ada selipar tu kat kaki memang power sorok selipar. Wa pelik camne semua selipar yang sama boleh hilang.

Staff berikutnya Acik Beni. Acik Beni tukang bawak bas kat sekolah. Kadang-kadang jadik tukang kebun. Kiranya level R1 la kalo ikut skim kerajaan. Petang-petang Isnin Rabu Kames kot dia gunting rambut budak-budak ni. Tapi tak dapat la lu nak gunting macam gunting kat salon. Dapat rasa ehem-ehem. Stail pun sama je xde slop tinggi ke. Mohowk ke. Wa suka gunting botak je ngan Acik Beni sebab kompom x bertobek. Dia ada 2 orang anak pompuan. Anak dia bagi wa time tu hot la. Walaupun yang kecik tu ala-ala pengkid tapi kira hot gak la. Apatah lagi akak dia yang menjadi rebutan budak-budak Sheikh Ahmad.

Dan tidak dilupa kepada Acik Airad. Dia ngan Acik Beni sama level kot. Tapi masa wa nak blah dari sekolah dia dah buat keje opis. Taip surat berenti sekolah wa. Acik Airad ada kedai sate kat benteng Ampangan. Lu tau tak benteng ampangan yang mana ni. Ala sebelah BSN ampangan yang sekarang ni dah terbakar tu. Sate dia boleh tahan la terbaiknya. Tapi kesah acik airad ni tak banyak dalam ingatan wa. 3 orang staff yang atas tu paling banyak hadir dalam hidup wa kat sekolah SHAMS tu.

peeslashass Megat kacau line

2 comments:

joN said...

da ambik alih tugas penulis misteri ko?cito2 nostalgia kek shams ha..

"Wa pelik camne semua selipar yang sama boleh hilang"

den pn polik yo..1st day bersepah selipar tu kek surau..masuk seminggu duo makin pupus..last2 xdo langsung da..

ado bdk curik lopeh tu jual kot..

[ a D D y ] said...

jon penulis misteri hangat2 taik ayam..yo tak yo nak tulih tu..

tapi den amek pendekatan menulis bukan sahabat la..
haha..