Thursday, May 14, 2009

Dian Membakar Diri

Salam semua.

Sejak kita mula menjejak kaki ke SHAMS, dah banyak guru yang menabur bakti. Tak kisahlah guru tu menggembirakan, menyeronokkan, menyampahkan atau sebagainya, tapi beliau tetap setia melimpah dan mencurahkan ilmu di dada untuk kita penyambung bangsa.

Ingat tak lagi, masa ustaz khazri mula-mula mengajar? very impressive. dahla muda, hensem plak tu, pandai Arab lagi. Sekali turn out, very the scary dan garang punya orang. Huhu~ Tapi, kalau beliau tak garang, tak mungkin Nuruddin ada result yang best dalam Bahasa Arab Tinggi. =P

Atau Sir Zanib yang suka tolak kaki budak perempuan ke bawah meja sebab nampak kain dalam masa mengajar. hahaha~ dan juga Cikgu Yazid yang asyik tertidur-tidur belakang kelas masa presentation kelas Sejarah

Ingat lagi aku, masa Cikgu Aminah ajar Geografi, semua orang pun nak buat yang paling cool masa presentation. Aku suka Cikgu Aminah tu. Very motherly and sweet (Cikgu Zizah pun macam tu juga) Tapi bila beliau menjeling, agak seram la.. huhu dan Ustazah Nahayati yang pernah menangis sebab merajuk kita orang buat bising dalam kelas. (XX)

Arwah Cikgu Mayut plak orangnya sangatlah sempoi. Tapi agak kejam la sikit dalam bab kutuk mengutuk kan. Ok, off the record. Doakan sahaja beliau bahagia di dunia sebelah lagi. Tapi nak cakap juga, beliau suka mengusik Ayu Alias dan jadikan Amalina anak murid kesayangan. hahaha~

Bersempena dengan Hari Guru 2009 ni (16 Mei 2009), marilah kita sama-sama mendoakan kebahagian guru-guru yang pernah mengambil bahagian dalam hidup kita, mengajar, mendidik penuh sabar (mungkin ada yang tak sabar sikit guna rotan=P). Semoga segala tindakan mereka dalam menjadikan kita manusia berguna akan dibalas tuhan dengan pahala berganda.

Terima kasih cikgu-cikgu semua!!!



Dari Lidahmu




Dari lidahmu
berakar segala kebenaran
menegakkan pohon i1mu
merimbunkan daunan pengetahuan.

Dari lidahmu
menyusuri liku-hku waktu
lalu engkau taburkan benih kehidupan
yang bernama i1mu
harta yang tak ternilai ditafsirkan.

Dari lidahmu
terkumpul dan menitiskan madu
yang menadah lalu membariskan doa
ikh1as dan sepenuh hati.

Dari lidahmu
bagaikan embun menitis di tengah gurun
menyuburkan ladang ilmu
lalu mengalir di segenap waktu.





Ahmad Sarju




Duduk dari kiri: Ustazah Nahayati, Ustazah Zaharah, Puan Mariam, Puan Noriah, Puan Aminah,
Puan Jawahir, Ustazah Zabedah, Ustazah Khuzaimah, Tuan Hj Yazit, En. Yau Thin Seng,
Ustaz Idrus, En. Ismayuddin, En.Basri, En.Sinar Mahsuri, En. Supurmaniam
Barisan kedua dari kiri: Puan Zahariah, Ustazah Noor Bee, Puan Azizah, Ustazah Mahaya,
Puan Asmah, Puan Sawiyah, Ustazah Asmah, Puan Fatimah, Puan Norshida, Puan Noraini,
Cik Ong Yoke Eng, Puan Siwar Kaur, Puan Aniza, Puan Kamariah, Puan Sanda Kumari,
Cik Zuriyanai, Puan Darnawati, Puan Suraya, Puan Norhaniza, Puan Mansurah, Puan Norhana,
Puan Zainoriah, Puan Wan Mahanum

Belakang dari kiri: En. Anuar, Ustaz Saiful Baharin, En. Mohd.Faizal, Ustaz Mohd. Hapizi,
En. Mohd. Zanib, En. Abdul Jalil, En Mohammad, En. Mohd Radhi, Ustaz Azimi


p.s Selamat Hari Guru juga buat sahabat-sahabat yang menjadi pendidik seperti Fizah Zulfakhar, Farahiyah Airina, Hidayu Azizul, Farhana Rahman (sekadar sebut beberapa nama)


p.s Selamat Hari Lahir untuk member2 yang sambut hari lahir time Hari Guru juga. Ouh ya, dan happy belated birthday untuk Hafidzatul Husna.

3 comments:

[ a D D y ] said...

sElamaT harI ciKgu..

Bah Mus said...

kepada guru2 yg saye slau tido mase anda mengajar, maafkanlah saye ye.. trutamanya guru2 sejarah.

nur farhana abd rahman said...

wah ada jugak nama i kan...sobsob terharu..this year akan ada sambutan hari guru peringkat negeri sembilan...waaaaaaaahhhhhh..msti ramai guru2ku..