Monday, October 11, 2010
munco
den lamo monyopi..
maghin poso den xnak ngumpat..
tu yang den x nulis..
ghayo lak ghamai nak orang ajak poie kendughi..
x sompek den nulis..
yo lah paten orang2 skarang..
sumo nak buek open haus..
buek la doa selamat ko an..
aghi ni pun den xdo la nak cito sesapo pun..
den nak ngucapkan takziah..
kepado kuargo mangso2 tragedi 10.10.10 tu..
yang kesian eh kek lane sobolah tu..
bak kato oghang..
kalo dah ajal..
memang dah x bulih buek papo pun..
sodang si angkasawan begembigho..
ado gak yang bosodih pado taghih tu..
so pado entghi ni..
den mintak koghang sodokahkan fatihah kek mangso..
bukan sobab po..
ado hadith koba..
kalo ekau doakan oghang..
ado malaikat yang meng AMIN kan doa ekau tu..
sapo x tau makhluk Allah yang bernamo malaikat..
makhluk yang paling setio..
kojo eh ikut arahan Allah yo..
solat x tingga..
poso kompom sobab eh x makan..
so doa eh isnyaAllah Allah teghimo..
notakaki lopeh ni den mulo ngumpat balik yo..
Tuesday, September 21, 2010
Aidilfitri 2
wa bangun pagi tu xde lah awal sangat..
sebab malam tu sempat main PES..
bangun2 cuci muka makan nasik lemak..
rajin bunda wa masak pepagi..
lepas makan wa saje2 la mandi awal..
selalunya kalo ari rilek2 memang selagi x masuk zohor..
x mandi wa..
tiba2 wa mendapat panggilan dari orag yang tidak dikenali..
beliau memperkenalkan diri beliau sebagai shadan..
wa balas "OWHH"..
dia ajak wa lepak mekdi..
jam 10.30 pagi..
dalam hati wa dah bergelodak..
adakah shahdon layan MLM..
pepagi ajak wa lepak..
kat mekdi lak tu..
selalunya orang2 MLM je ajak lepak tiba2..
namun sebagai reporter..
wa mesti berani..
sorang2 pun sorang2 la..
sampai mekdi..
shahdon tengah carik table..
wa paking kuda wa kat tempat yang disediakan..
wa standby telinga wa..
kalo2 shahdon nak bukak pasal MLM..
duk jap..
shahdon kata nak payung wa mekdi..
pergh ni dah betul dah ni..
wa rilek2 dl..
shahdon dah kuarkan netbook..
wa bawak makanan ke table..
lepastu shadon bukak mulut..
dia kata dia nak bukak internet..
nak amek note..
jiran kat umah dia x balik lagi..
xpat nak curik wifi..
haha..
dem..
wa gak yang tolong shadon sebab dia x pernah wifi kat mekdi..
sedangkan wa x penah ade laptop pun..
wa main ghedah je..
40 minit berselang..
arip sil call wa..
dia nak mintak tolong jemput dia dari servis kete..
wa ajak shadan..
kira macam jejak kasih..
shahdan sahak bertemu arifuddin sahak..
sementara menanti kereta arip siap..
kitorang g umah gemok..
dan bermula dari saat itu..
misi beraya hari kedua bermula..
waktu kat umah gemok kul 1 petang..
gemok kata dia nak mandi dl..
baru join kitorang beraya..
rumah wa rumah berikutnya..
hampir 2 jam menanti gemok masih tidak kelihatan..
shadon yang kurang senang dengan situasi tersebut mengajak ke rumah arip..
kami meneruskan perayaan ke rumah arip..
wa msg gemok suh trus gerak umah arip..
waktu tengah makan kuih siput umah arip..
ayie tanya wa ada mana?
wa bitau dia suh datang umah arip..
dia berjalan kaki dari rumah kandanya..
serentak tiba dengan gemok..
pada waktu yang sama wa mendapat panggilan dari jimmy..
yang sedang menanti di petronas umah shadon..
ya..
destinasi berikutnya ialah rumah shahdan..
gemok dan sil datang kemudian kerana kereta sil dah siap..
shahdan kata senang je nak g umah dia..
tu pun dak2 ni lupa..
tapi lepas shadan bawak g umah dia..
memang kompom wa akan lupa..
kat umah shahdon kami makan mee..
arini hari kenyang..
umah gemok makan kue teow..
gomok masak..
umah den makan nasik..
umah arip makan kueh ngan buah langsat..
umah shadan makan mee..
lepas tu kami menuju ke rumah akkil..
setiap kali kami ke rumah akkil..
kami akan mengingati kisah silam..
dan berjaga-jaga..
akkil kata dia nak kawen tahun depan..
dia tengah analize sape nak kawen..
ade ramai calon die..
husna pun kata nak kawen tahun depan..
seterusnya kami menunaikan tanggungjawab di masjid paroi..
wa kena sound ngan pakcik kat sini..
sebab lepak macam kat bas stand..
haha..
lepas magrib kitorang sebu umah ayu ahmad..
rumah wajib kami setiap tahun..
jika tahun2 sebelum ni..
memang kami inform awal2..
tapi sebab xnak nyusahkan mereka 3 beranak..
kami redah je last minit..
kebal cuba mencuri rahsia REVEAL pada 3 oktober tu..
tapi tidak berhasil..
dan rumah terakhir pada hari ni ialah..
rumah aku sekali lagi..
arip ngan shahdan yang dah datang petang tu x datang lagi malam ni..
wa menerima kunjungan jimi kamil dan faiz yang datang dari palong bt kikir dan bahau..
kamil sedih sebab x datang beraya umah dia..
apatah lagi jimi..
yelah taun depan g palong lak eh kawan2..
b e r s a m b u n g
peeslashass gemok anta ayie balik malam tu..
Sunday, September 19, 2010
Aidilfitri
lantikan ni secara tak rasmi..
budak2 gila kuasa yang lain x tau..
lantikan ni secara rahsia macam freemason gak..
adalah upacara2 penyerahan kat bawah terowong semua..
wa sedang carik penulis misteri ni..
dah lama dah dia x apdate..
agak2 kalo lu jumpa inform wa..
okay wa melaporkan diri untuk menceritakan perjalanan raya wa..
dan perjalanan ni hanyalah berkaitan ngan budak2 shams je..
raya wa kat kampung wa x cite kat sini..
kalo ada pun wa tersasul..
pada hari raya keempat yakni hari isnin..
sahabat2 wa dari rembau telah memulakan operasi beraya disekitar seremban..
wa x sempat ikut sebab wa masih lagi menjalankan tanggungjawab sebagai anak yang soleh..
dengan menjadi driver kepada kedua orang tua wa..
mereka telah beraya di rumah zarif, ayie, kebal dan shahdon jika x silap wa..
di rumah shahdon..
kebal aka gemok terkejut melihat kelibat ncj85..
boleh dikatakan kembar nce85..
oleh kerana wa xde kat tempat kejadian wa x pat nak cite lebih2..
kang jadik fitnah lak..
raya berikutnya giliran budak2 seremban lak ziarah rembau..
namun misi utama ialah umah faiz jali..
dimulakan dengan rumah udeng pada jam 4 petang..
sedangkan rancangannya ialah berkumpul pada jam 8 pagi..
kesalahan diletakkan di bahu boyat yang leka membaca surat khabar..
di rumah udeng kami dihidangkan dengan kuih muih yang enak..
tiada mi kari seperti tahun berikutnya..
en zarif aka abang kawasan menghantar meset kepada harizal supaya menyediakan mi goreng..
setibanya di rumah harizal..
beliau baharu sahaja bangun dari tidur..
syafiq berusaha menambahkan batu di perut beliau..
harapan untuk menjamah makanan di rumah john hampa apabila..
kami hanya menjemput john di rumah paksunya di tampin..
dengan menggunakkan gps milik harizal pemanduan kami sangat lancar ke rumah paksu john..
kami hanya singgah di johol hanya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai muslim..
tanpa mengisi perut dengan makanan berat..
kami meneruskan perjalanan ke bahau..
misi untuk menziarah faiz mesti diteruskan walau apa yang berlaku..
ramai yang masih ragu2 ngan kisah wa, arip dan syafiq tentang misteri faiz..
berbagai halangan bagi melaksanakan misi ini..
kami cuba membuat panggilan kepada faiz..
namun hampa..
mungkin beliau telah menukar no telefon pendapat masing2..
cuba mencari sesiapa yang update pasal no tpon..
hampeh..
sume orang "hilang" henpon time ni..
kami nekad untuk redah je..
macam tag line nadia af tu..
sampai ttpc (singkatan yang diberikan erman)..
kitorang solat dulu sambil menanti kehadiran erman..
ada sedikit emosi disini kerana tidak mengajak beliau di awal perjalanan..
sedangkan status di fb beliau memberitahu bosan beraya di rumah..
syafiq yang konfiden rumah faiz sebelum solat tadi rupanya tersilap rumah..
kebal dan zarif yang sememangnya ramah bertanya kepada jiran faiz..
dan akhirnya serentak mengetahui alamat sebenar faiz atas usaha udeng mencari di majalah sekolah dengan bantuan mardiana..
siapa mardiana..
tanya udeng sendiri..
dihadapan rumah faiz kami memberi salam sebanyak 2 kali..
jika telah memberi salam ketiga tidak bersahut..
maka kami perlulah pulang..
dan hasil usaha en ptd..
jirannya memberitahu faiz mungkin sedang solat di masjid..
namun bila tiba di masjid faiz tiada..
setelah berusaha memanggil akhirnya jon lennon kuar dari rumah cikgu jali..
jon lennon sakit mata..
beliau jemput kami masuk umah dan bitau faiz dan kedua ibubapanya jalan beraya..
kami menanti penuh sabar dan kesabaran terbayar dengan mee goreng yang sedap buatan bonda faiz..
kebal tanpa segan silu menghabiskan mee tersebut..
sementara menanti mee goreng siap..
kebal banyak bertanya faiz tentang misteri beliau yang tidak dapat tidur selama 3 tahun..
namun faiz kini kelihatan lebih sihat berbanding sewaktu wa jumpe dia waktu konsert di awan biru tahun lepas..
walaupun kami cuba mengelakkan kebal dari menyoal benda ini berulang kali..
namun kebal ni degil..
gemar sangat soal benda2 camni kat faiz..
faiz nampaknya kurang selesa dengan soalan2 berkaitan penyakitnya..
seterusnya kami terus ke rumah erman..
dan seperti yang dijangkakan..
pasti berbual panjang lebar ngan uncle bob..
dan hero bebualnya ialah kebal..
dia sangat menguasai perbualan..
sesiapa yang ingin belajar teknik berbual ngan orang tua..
kebal mentor terbaik..
kami pulang setelah jam doblas..
b e r s a m b u n g
peeslashass takde gambar..ayie dogheh sket uplod gamba..
Thursday, September 2, 2010
Berpesan-pesan pada kebenaran: 1

Credit: YUS FAIRUS (FB NOTE)
Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..
sunnah nabi jarang nak ikut ..
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.
The Truth
Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.
Percayalah.
Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
Additional info
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
Perhatian
Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.
p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.
DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....
((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:
لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)
Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))
wallahu a'lam.
Sunday, August 22, 2010
IFTAR RAMADHAN 1431
Trimas kepada yang hadir, buat yang tak hadir, takpe taun depan kalau panjang umur kita buat lain plak. :)
Walaupun ada la sedikit onak dan cabaran sepanjang proses menjayakan simple iftar ni, tapi pengakhirannya cukup menggembirakan.
Iftar kali ni turut disertai 5 gadis+jejaka generasi kedua penyambung legasi. Ada askar darwish, danish n nu'aim (bakal jd hot guys) dan ada bunga 2 kuntum damia si akrobatik dan akma tegap. (memang sangat tegap anak ipin ni, comel lak tu cam mak eh)
Gabungan gadis bujang, tunangan orang dan isteri orang :)
Ibu dan anak kecil berserta bakal ibu dan anak orang lain
Umpan way da menjadi. damia gembire.
Antara yang sempat menyaksikan kejadian "Aripudin"dan gambar TERkontrovesi....
:)Merpati sejoli berbaju hijau,
Terbangnya awal mengejar masa,
Kami doakan yang terbaik buat beliau dan beliau,
Moga kekal sampai ke syurga.
Till then, jumpe anda dikonvoi raya plak. :)
Salam Ramadhan.
Iftar Di Wadi Unung
wa memang mustahil lakukan..wa bagi alasan yang wa akan menanti di shell..dan cuma sorang je yang wa bawak ke wadi iaitu en aperk aka zaquan putra yazid..sebelum menuju ke iftar..wa dan kebal g cuci kete dulu supaya kereta kami tampak segak..walaupun yang bawak kete ke sana hanyalah encik kebal sahaja..selesai basuh kete..kami bersalin di rumah masing-masing..
tepat jam 6.10 petang encik kebal tiba dan kami dengan sengaja meninggalkan black bird aka udeng..trus menuju ke rumah ayie bagi menjemput beliau..udeng kami paksa menanti di petronas desa di ampangan..oleh kerana jalan menuju ke rumah ayie sangat sibuk kerana ada bazar ramadhan..en kebal menekan button merah yang jarang2 kali digunakan..kami terapung untuk berapa ketika dan terus terbang ke rumah ayie..
selesai menjemput ayie..kami menuju terus ke petronas desa..arip, syafiq dan udeng sedang menanti penuh sabar..kami bakal menempuh bazar ampangan pula selepas ini..walaupun kebal dah lama x memandu kereta..tapi beliau masih tangkas dalam cilok mencilok..dalam masa 19 saat sahaja kami tiba di alson klana dimana en zarip sedang paking zina..dah lama dah en zarip paking kat situ..kami meneruskan perjalanan ke shell walaupun ada jalan singkat..wa menunaikan janji untuk menjemput orang di shell..oleh itu pose wa masih lagi sah lagi..

setiba di wadi ar-raudhah..wa tengok budak2 ni dah kumpul2 kat depan..dok bergosip..wa rilek2 je cuba jauhi dari maksiat..wa duk tepi sambil nyanyi tobat maksiat..tapi sume buat bodoh je..hampir jam tujuh sepuluh semua asuk..cuba ambil makanan dan hampa..sume makanan hampir licin..wa cepat-cepat amik air kosong setelah gagal mengesan kurma.dalam hadith kata buka dengan kurma jika tiada mulakan dengan air..tapi jangan lupa baca bismillah..
wa, ayie, kebal, syafiq dan toyed terus melaksanakan tanggungjawab seorang muslim selepas minum air..selesai je kami turun dan mengambil semua sisa-sisa yang memang tertinggal untuk kami..kebal sentiasa kira harga makanan yang diambil supaya cukup RM25 inggit..tapi bila kira-kira cuma RM2.50 sahaja sebab kami cuma ambil lengkong je..
wa rasa wa kurang berbicara malam tersebut..macam rugi lak..sebab wa lepak pun ngan budak2 ni gak..x sempat nak usha zuraizah..haha..lepas tu sesi mengutip wang dan sesi bergambar..gambar-gambar boleh di lihat disini..wa sempat temu bual hiqmah..beliau nampak lebih kurus dari biasa..kerana isotea la tu..padahal masa wa jumpe kat jb pun camtu je..
selesai sesi bergambar..k i r i corporation menganjurkan futsal sempena menyambut kepulangan kebal..walaupun kebal yang diraikan..namun kebal yang memayung futsal tersebut selama sejam..lagi sejam tong-tong seramai 20 orang..beberapa pemain jemputan hadir pada malam itu..macam biasa budak2 ni memang x dapat beat team wa kalo wa jadik keeper..aperk menjalankan tugas yang cemerlang selaku defend..kebal mengalahkan rooney yang semakin mundur sejak kebelakangan ini..wa ngan riena memang hampir sama asek tangkap ayam je..
izwan yang baru main setengah jam dah pancit..di ganti oleh syafiq..pun pancit gak..diganti oleh fathi..semenjak fathi masuk..shooting kebal makin tumpul..tapi fathi pula mengganas ibarat hernandez..muka pun wa tgk jambu je..tapi akhirnya team wa mengaku kalah..boring asek menang..
selesai bermain futsal..aktiviti diteruskan dengan menonton kemenangan chelsea..drogba sangat melampau malam tersebut..selesai moreh..semua pulang ke rumah masing2..wa ngan kebal masih lagi menjadi kutu rayau..kebal follow kete2 sedang resing..masing2 punya kete bau macam haram..wa endingkan pusingan dengan melemparkan mercun di hadapan anw..padang muka sape suh resing..
akhir kata..makanan okay tapi x topup..rugi..kambing x cukup masak..surau kecik..roti jon taun lepas xde..
peeslashass lepas ni wa nak iftar kat mesjid plak..
Tuesday, August 10, 2010
Fadhilat Ramadhan: Sekeping Tazkirah dikongsi bersama.
KELEBIHAN RAMADHAN
Dipetik dari sumber astech
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.




Kegembiraan Iqma seusai berbuka