Monday, February 28, 2011

Assalamualaikum sahabat sekalian.

Sedikit Pengumuman
**Saya ingin mengalu-alukan sesiapa yang ingin berkongsi nasihat, tazkirah, isu semasa untuk tampil kepada saya mahupun pada admin blog ini untuk diposkan supaya kita sama-sama berkongsi perkara yang berguna**

(Hari ni saya mengambil satu hadis yang dikongsi oleh Pn Hafifah Halim di FB)

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim"

Huraiannya:
  1. Silaturrahim bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang telah terbina terhadap saudara, kerabat, teman dan sebagainya
  2. Membina dan mengeratkan silaturrahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah SAW amat membenci golongan yang suka memutuskan perhubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksunya: "Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga (3) hari"
  3. Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang telah retak atau memulihkan semula ketegangan perhubungan malah ia membawa erti yang lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya
  4. Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahukui dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.
  5. Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh insan itu sendiri dan tidak boleh diampunkan Allah SWT

Maka kawan-kawan, eratkanlah hubungan silaturrahim dan janganlah bertengkar mahupun bermusuhan sesama kita :)

JUMPA DI MAJLIS IDAYU ALIAS. JELEBU. 5MAC11. & ISA AZZAKI (USTOK). KEPONG, 6MAC11

p/s Teringat arwah Cikgu Mahyudin panggil ayu, taik lalat segi empat selari. :D

Thursday, February 17, 2011

Elakkan keganasan dalam hubungan

Salam sahabat

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud,

"Perbaikilah wanita kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras, maka ia akan patah. Dan jika dibiarkan, maka ia kekal bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik"


~Dijadikan wanita itu dari tulang rusuk jauh dari kepala bukan untuk dijunjung, jauh dari kaki bukan untuk disepak terajang tapi dekat dengan tangan untuk dibelai, dekat dengan hati untuk disayangi~


Maaf lama ta hapdet.

Selamat Bulan Februari. Bulan Mengenang Kelahiran Rasulullah. Rahsia keunggulan Rasulullah SAW adalah melalui 7 amalan utama dalam kehidupan baginda. Setiap hari dimulakan dengan solat tahajud, khusyuk membaca Quran, menyertai solat Subuh jemaah di masjid, bersedekah, memelihara wudhu sepanjang waktu, menghiasi diri dengan solat dhuha dan mencintai zikrullah.

Semoga kita mampu melakukan walau satu sunnahnya (Jangan dok pikir, kawen 4 je sunnah Rasulullah)

*Tahniah pada mereka yang baru melangsungkan pertunangan
Izyan Diyana
Erman
Ayu Ahmad
Farhana Rahman
Nuruddin Maimon
*maaf kalau tertinggal*

dan juga yang baru mendapat baby comel
Hot Mummy:
Nurul Iman: Puteranya= Mohd Faris Irsyad
Atiqah : Puterinya= Dalyla Fateeha
Syamsiah: Puteranya= Mikhail

Oh YA: AHAD INI (20 FEBRUARI 2011) ada satu event main boling suka-suka di Alamanda Putrajaya start jam 11am. Semua DIJEMPUT berseronok-seronok sekali. :)

~Jumpa sahabat semua di Majlis Resepsi Lina Zainuddin. :)

Wednesday, December 15, 2010

Artis Baru Shamsians9802


wa xnak cakap banyak..
lu komen je k..

peeslashass jangan lupo undi dio monang, sonang nanti masuk sokkaba kito taim kawen dio..

Thursday, November 25, 2010

j u m a a t

ya sambungan pada kisah jumaat yang lepas..
on the way naik bilik perjalanan ni paling horror..
cam biasa..
goyang ngan warden..
kalo boleh carik membe2 paling besar..
seb bek GEMOK geng ngan wa..
so keGOYAHAN yang melanda diriku ini bekurangan 2 skala ritcher..

ada skali tu BANG NIK muncul secara tiba2 dihadapan wa..
nasib baik STOR bilik sukan kat bawah tangga tu terbukak..
bau bilik sukan tu macam haram..
di campur ngan suar2 trek budak main bola..
sengal giler..
basuh la..
ni tak..
main tinggal je..
pastu sok petang nak main bola..
lu main rembat je suar kat ampaian..
FUCK off..

brape kali wa ilang suar trek..
seb bek wa keje KOOP..
wa pun rembat je kat KOOP tu..
wa pun segera mencampakkan beg tu kedalam bilik sukan tu..
dan pura2 masuk ke DEWAN MAKAN..
tapi alang2 dah masuk wa pun makan le..
lauk ari jumaat kengkadang besh..
kengkadang tak..
bergantung kepada udang yang tokey dewan makan beli aritu..
kalo dah lama beli..
memang bangsat..
udang masak pedas,sayur kobis masak lemak..
budak2 yang elegik udang dapat makan telur..

abes makan trus angkut beg ke bilik dan prepare nak stat meniaga..
memandangkan jajan2 wa x byk..
so wa membuat bisnes kat dalam bilik je..
tunggu sape nak beli datang..
sebab kalo jalan2..
kantoi plak ngan senior yang tgk bisnes gak..
kene paw nanti..
bukan wa goyang..
tapi HORMAT..
dalam idup wa mana ada perasaan GOYANG..

wa ngan maimon akan segera meminta kunci KOOP kat budak pompuan..
sebab nak simpan eskim..
dan kalo boleh..
ujung minggu memang kitowang je yang pegang kunci..
dalam meniaga eskim dan bukak koop tu..
kengkadang dwet kitowang ada gak bercampur ngan dwet koop..
tapi x kesah la..
sikit pye hal..
yang penting smangat berbisnes tu..

sbelah malam plak..
memang terbaek sebab prep xde..
kan skolah cuti ari sabtu..

b e r s a m b u n g . . . . .

Thursday, November 18, 2010

Jumaat

wa korek cerita lama tampal kat sini..

ari jumaat adalah hari meniaga untuk sume budak2 yang pandai carik duit sendiri..
seperti dalam entri wa lama dulu..
wa ni sorang yang suke meniaga..
abes je klas kul 12..
wa akan bersiap sedia mencarik beg balik kampung paling besar skali kat dalam bilik wa..

dengan gaya yang agak2 kewl..
berjalan menuju ke pondok jaga bersama teman2 yang lain..
membawa beg disisi ala2 ingin pulang "balik kampung"(umah aku kira kampung ke)..
time nak bawak beg pun kene kaver2 sket..
mana lah tau ade warden saspek kitowang "balik kampung" tanpa kebenaran..

pastu bas SKS kaler kuning pun melewati bangunan sekolah..
sambil drift tu..
budak2 sume berebut2 naik bas..
bukannya niat awal nak g masjid nak bertakafur..
tapi nak makan cendol kat blakang IPD seremban tu..
pergh mantol beb layan cendol..
faveret wa cendol jagung..
kantoi plak wa antara yang berebut naik bas..
ada gak yang berniat nak makan karipap panas..
yang dijual oleh bini siak masjid..
x penah nampak muka tu yang lejen tu..
berurusan melalui tingkap je..

tapi wa ngan kepala bisnes yang lain bukanla kejar cendol tu awal2..
wa akan menuju ke singapore street..
untuk beli jajan..
jajan tu harga die 5-6 inggit utk satu beg besar..
kalo pandai tawar 4 inggit boleh dapat..
slalu jajan tu wa angkat 2-3 beg je..
pasal senior2 memang wat bisnes jajan tu..
kang kene panggil plak kaco line kan..
ha tu la..
sape suh ko jadikkan budak2 ni orang suruhan ko dulu..
jual dari bilik ke bilik..
kan budak2 ni dah makan tuan..

wa ngan dak2 ni beli gule2 yang rare macam yang ada asam kat tengah2 tu..
pastu gule2 antu..
merah mulut beb makan tu..
sour + pun wa beli gak..
tapi yang paling memberatkan beg ialah aiskrim POP..
satu kotak tu ada la dalam 100-150 batang..
wa jual 20 sen sbatang..
harga satu kotak baru 7-8 inggit..
pergh..
cepat kaya jual eskim POP..
dari jual jajan..

pastu balik ke masjid dengan beg yang sarat ngan makanan ringan tu..
kengkadang x sempat solat jumaat sebab singgah cendol dulu..
haha..
balik asrama tunggu bas kat pejabat pos..
khalis kompom bawak balik GEMPAK yang berjaya dirembat kat kedai kat pejabat post tu..
ada gak budak2 yang FLY balik umah..
aku plak terhegeh2 bawak beg..
situasi balik asrama berbeza ngan pergi tadi..
time ni kalo boleh sume tanak naik bas yang first tu..

bersambung..





peeslashass dah lama x makan eskim POP..
patah tengah2 tong2 ngan membe..

Wednesday, November 10, 2010

yeah

wa dah boleh nulis dalam blog ni tanpa kuar dari blog wa sendiri..

so nantikan pos2 wa..

penulis misteri yang siot tu mana..
terus menyepi ke?


blah la..

sebab xde apa wa nak tulis wa nak kongsi..

layan video adik korang ni

Monday, October 11, 2010

munco

mintak maap bebanyak..
den lamo monyopi..
maghin poso den xnak ngumpat..
tu yang den x nulis..
ghayo lak ghamai nak orang ajak poie kendughi..
x sompek den nulis..
yo lah paten orang2 skarang..
sumo nak buek open haus..
buek la doa selamat ko an..

aghi ni pun den xdo la nak cito sesapo pun..
den nak ngucapkan takziah..
kepado kuargo mangso2 tragedi 10.10.10 tu..
yang kesian eh kek lane sobolah tu..
bak kato oghang..
kalo dah ajal..
memang dah x bulih buek papo pun..

sodang si angkasawan begembigho..
ado gak yang bosodih pado taghih tu..

so pado entghi ni..
den mintak koghang sodokahkan fatihah kek mangso..
bukan sobab po..
ado hadith koba..
kalo ekau doakan oghang..
ado malaikat yang meng AMIN kan doa ekau tu..
sapo x tau makhluk Allah yang bernamo malaikat..
makhluk yang paling setio..
kojo eh ikut arahan Allah yo..
solat x tingga..
poso kompom sobab eh x makan..
so doa eh isnyaAllah Allah teghimo..


notakaki lopeh ni den mulo ngumpat balik yo..