Sunday, August 9, 2009

Alhamdulillah

Salam sahabat tercinta.

Banyak benda nak diupdate sebenarnya. Macam-macam perkara yang berlaku sepanjang minggu-minggu yang berlalu. Tapi semuanya disusuli dengan Alhamdulillah.

Berita Hangatz


Ahmad Shahir dan Muneerah telahpun selamat diijabkabulkan pada 1 Ogos yang lalu di mana pada 2 Ogos mereka telah mengadakan resepsi di rumah Tuan Hj Jamil yang tersegam indah di Sepang (Oh, jauh betullah rumah anda!!). Maka bersatulah kasih dan cinta mereka. Walaupun mereka berjauhan namun kasih sayang masih utuh tidak terlerai. Dan demi buktikan kasih pada isteri, Sang Suami akan berhari raya di Indonesia kelak kerana Muneerah tak habis lagi pengajian di sana. Riak bahagia jelas ternyata dari wajah mempelai. Didoakan semua keduanya akan hidup bahagia ke akhir hayat. Alhamdulillah

Comel ah muka Muneerah. Berseri-seri gitu~;P

Ini adalah mereka yang cuba mengambil berkat pengantin. ngeh3




Berita Menarik

Nurul Hafidzah Zufakhar dan suami sudahpun menimang seorang puteri amat comel diberi nama Damia Humaira. Nampaknya nama anak beliau hampir serupa dengan anak buah sulung shamsians9802. Bolehlah kedua-dua Damia menyambung legasi shamsians9802 nanti. Anak beliau yang dilahirkan tanggal 8/8/09 (kata orang cina manyak ong tau ini nombor~huhu) selamat dan sempurna segala sifat. Semoga Damia Humaira membesar dengan sihat, cergas, bijak dan solehah. Amiin. Alhamdulillah, syukur Ya Allah.

Damia Humaira bersama bondanya dan Auntie Ayong. hee


Berita gembira

Ingat Siti Noor Asiah Adnan? Beliau merupakan x-1,2 ihsan dan 3 islah. Beliau telahpun bertunang pada sabtu yang lepas bersamaan 8/8/09 (tarikh yang sama dengan kelahiran Damia). Semoga perjalanan cintanya berjalan lancar dan dapat disatukan dengan segera. Alhamdulillah jodohnya sudah sampai. (weh, kenapa kau bertunang cepat sangat? aku nih makcik kau tahu?? patut bagi laluan kat aku dulu! huh~)

Siti Noor Asiah Adnan dan tunangnya Mohd Ikhsan

2 comments:

bojeng said...

alhamdulilah..
tahniah ahmad shahir dan muneerah...korang memang secocok pon...semoga bahagia hingga akhir hayat ye kawan2 ku..heheh..

pizah...tahniah jugak...anak sulong ko dah lahir....cantik name nye...

n yang bertunang tu aku tak brape nk kenal...jujur je la kan...anyway...tahniah...n semoga di murahkan rezeki untuk melangsungkan pernikahan...amiiinn...

alhamdulilah...masih ade ruang tuk kite tersenyum...hehehe...

good day to all...
salam..

Bah Mus said...

pergh! matang doh ayat2 erman!