Sunday, September 19, 2010

Aidilfitri

jon lantik wa sebagai reporter..
lantikan ni secara tak rasmi..
budak2 gila kuasa yang lain x tau..
lantikan ni secara rahsia macam freemason gak..
adalah upacara2 penyerahan kat bawah terowong semua..

wa sedang carik penulis misteri ni..
dah lama dah dia x apdate..
agak2 kalo lu jumpa inform wa..

okay wa melaporkan diri untuk menceritakan perjalanan raya wa..
dan perjalanan ni hanyalah berkaitan ngan budak2 shams je..
raya wa kat kampung wa x cite kat sini..
kalo ada pun wa tersasul..

pada hari raya keempat yakni hari isnin..
sahabat2 wa dari rembau telah memulakan operasi beraya disekitar seremban..
wa x sempat ikut sebab wa masih lagi menjalankan tanggungjawab sebagai anak yang soleh..
dengan menjadi driver kepada kedua orang tua wa..
mereka telah beraya di rumah zarif, ayie, kebal dan shahdon jika x silap wa..
di rumah shahdon..
kebal aka gemok terkejut melihat kelibat ncj85..
boleh dikatakan kembar nce85..
oleh kerana wa xde kat tempat kejadian wa x pat nak cite lebih2..
kang jadik fitnah lak..

raya berikutnya giliran budak2 seremban lak ziarah rembau..
namun misi utama ialah umah faiz jali..
dimulakan dengan rumah udeng pada jam 4 petang..
sedangkan rancangannya ialah berkumpul pada jam 8 pagi..
kesalahan diletakkan di bahu boyat yang leka membaca surat khabar..
di rumah udeng kami dihidangkan dengan kuih muih yang enak..
tiada mi kari seperti tahun berikutnya..
en zarif aka abang kawasan menghantar meset kepada harizal supaya menyediakan mi goreng..
setibanya di rumah harizal..
beliau baharu sahaja bangun dari tidur..
syafiq berusaha menambahkan batu di perut beliau..

harapan untuk menjamah makanan di rumah john hampa apabila..
kami hanya menjemput john di rumah paksunya di tampin..
dengan menggunakkan gps milik harizal pemanduan kami sangat lancar ke rumah paksu john..
kami hanya singgah di johol hanya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai muslim..
tanpa mengisi perut dengan makanan berat..
kami meneruskan perjalanan ke bahau..
misi untuk menziarah faiz mesti diteruskan walau apa yang berlaku..
ramai yang masih ragu2 ngan kisah wa, arip dan syafiq tentang misteri faiz..
berbagai halangan bagi melaksanakan misi ini..
kami cuba membuat panggilan kepada faiz..
namun hampa..
mungkin beliau telah menukar no telefon pendapat masing2..
cuba mencari sesiapa yang update pasal no tpon..
hampeh..
sume orang "hilang" henpon time ni..
kami nekad untuk redah je..
macam tag line nadia af tu..

sampai ttpc (singkatan yang diberikan erman)..
kitorang solat dulu sambil menanti kehadiran erman..
ada sedikit emosi disini kerana tidak mengajak beliau di awal perjalanan..
sedangkan status di fb beliau memberitahu bosan beraya di rumah..
syafiq yang konfiden rumah faiz sebelum solat tadi rupanya tersilap rumah..
kebal dan zarif yang sememangnya ramah bertanya kepada jiran faiz..
dan akhirnya serentak mengetahui alamat sebenar faiz atas usaha udeng mencari di majalah sekolah dengan bantuan mardiana..
siapa mardiana..
tanya udeng sendiri..

dihadapan rumah faiz kami memberi salam sebanyak 2 kali..
jika telah memberi salam ketiga tidak bersahut..
maka kami perlulah pulang..
dan hasil usaha en ptd..
jirannya memberitahu faiz mungkin sedang solat di masjid..
namun bila tiba di masjid faiz tiada..
setelah berusaha memanggil akhirnya jon lennon kuar dari rumah cikgu jali..
jon lennon sakit mata..
beliau jemput kami masuk umah dan bitau faiz dan kedua ibubapanya jalan beraya..
kami menanti penuh sabar dan kesabaran terbayar dengan mee goreng yang sedap buatan bonda faiz..
kebal tanpa segan silu menghabiskan mee tersebut..

sementara menanti mee goreng siap..
kebal banyak bertanya faiz tentang misteri beliau yang tidak dapat tidur selama 3 tahun..
namun faiz kini kelihatan lebih sihat berbanding sewaktu wa jumpe dia waktu konsert di awan biru tahun lepas..
walaupun kami cuba mengelakkan kebal dari menyoal benda ini berulang kali..
namun kebal ni degil..
gemar sangat soal benda2 camni kat faiz..
faiz nampaknya kurang selesa dengan soalan2 berkaitan penyakitnya..

seterusnya kami terus ke rumah erman..
dan seperti yang dijangkakan..
pasti berbual panjang lebar ngan uncle bob..
dan hero bebualnya ialah kebal..
dia sangat menguasai perbualan..
sesiapa yang ingin belajar teknik berbual ngan orang tua..
kebal mentor terbaik..
kami pulang setelah jam doblas..

b e r s a m b u n g

peeslashass takde gambar..ayie dogheh sket uplod gamba..

1 comment:

joN said...

bagus2..reporter telah menjalankan tugas..hahaha