Friday, February 17, 2012

TASMEK!!

Assalamualaikum...

Aku tengok sepi sangat dah blog ni.Jom meriahkan blog ni.Refresh balik segala kenangan kita.Kenangan Gemuk bagi aiskrim dekat sorang awek yang aku tak ingat ke.hahah...Jangan marah Mok.Kenangan hutang dekat koop tak bayar sampai sekarang ke.Tu yang tak berkat hidup sampai sekarang.hahah..Belum dicampur lagi kenangan Cikgu Noriah merajuk sebab budak kelas tak tanya soalan.Biasala cikgu budak sekolah agama semua baik-baik belaka.Tunduk je.Nak tanya soalan malu.Sebelum aku terus mengarut tanpa sedar baik kita bacak to main topic.TASMEK.

Dalam entry ni moh kita bincang pasal kenangan lama kita time sekolah dulu Tasmek.Cuak tak dongar pasal tasmek ni.Cuak tak cuak la sampai gulungan sejadah yang nipis macam ekor pari tu masih terngiang dalam minda ni.hahah..Disebabkan aku ni tak pernah layak jadi Naqib macam Jon aku tak pernah terlibat dalam aktiviti menyeksa budak ni.Seksa kan.Sampai aku nak balik asrama bila habis cuti balik kampung pun berat hati.Buku hijau untuk dihafal tu 24 jam dekat tangan memandangkan hujung minggu ada Tasmek.Siapa ingat lagi doa-doa harian dalam buku tu.Sila angkat tangan dengan ikhlas tanpa segan silu ye.Kompem tak ramai.Mana nak ingat hafal sebab terpaksa.So,diharapkan syllabus tasmek mentasmek kena tukar sikit.Kena diajukan pada ustad shaiful ni.Dah jadi pengetua dah kan ustad tu.Kompem budak pedas gigil nak buat salah.

Tasmek ni bagi aku memang bagus.Tapi ramai sangat senior yang perasan hebat buat onar dengan bagi hukuman mengarut.Aku jumpa senior yang bantai dengan sejadah dekat aku tu nak je aku sekeh kepala dia tu sikit sambil geletek perut dia baru dia tahu erti keinsafan..haha...Nasib aku ni pelupa orangnya.Aku dah tak ingat sape yang sebab aku tu.Ingat lagi bila Ahmad Shahir memberanikan diri even dia tahu dia akan kena rumble malam tu kalau buat macam tu.Dengan selamba badak dia menjerit tegur senior yang tengah Tasmek.Hati kering ko.Takpe berani kerana benar.

Benda yang paling susah aku hafal dulu surah Sejadah.Lagi-lagi tengok Tepet dah hafal walaupun baru sebulan.Phsyco gila kot.Aktiviti menghafal laju-laju ni memang buat aku susah nak hafal gamaknya.Lainla abang-abang hebat macam Naem tu.Menghafal tu macam dia makan kacang.Tapi pikir balik hebat gak aku ni dapat hafal surah panjang.Malang eiyh dah lupo.Ayooo...dosa tu.Kono taubat ni.Kena hafal balik ni.Tasmek untuk gadis-gadis ni aku tak tahula camne hukuman dia.Takdela plak cuba try nak skodeng gadis-gadis tengah bertasmek.Mungkin hukuman dieorng ialah menarik rambut antara satu sama lain,Tak pun jentik telinga sampai merah.Kalau boleh biar bernanah sikit.hahah...Tapi ada gak senior bijak suruh tiup kipas sampai berpusing.Okla..tu je la aku nak cerita sebelum aku terus mengarut tanpa henti ni...

Yang benar,
Jejaka Failure

1 comment:

joN said...

ini serius:sapo ado laie simpan risalah amal den nak..bulih?