Tuesday, August 3, 2010

Punk Core

sebagai blogger yang berdedikasi wa telah mengambil tanggungjawab untuk menulis laporan reunion bagi pihak lelaki.memandangkan wa tengok pihak gadis pun dah ada buat.dan wa tengok bergamba.maka entri ini adalalah cerita je tanpa gambar.namun diselitkan juga lagu2 supaya kalian tidak bosan membacanya.

wa ialah addy.blog sebenar wa boleh lu search kat mana2 search engine dengan nama haikalisme.wa beritahu luorang ni sebab wa taknak dikaitkan dengan penulis-penulis sambilan tu.wa support penulis2 misteri.tapi bahasa negeri sangat la.wa kan budak kl.haha.

oleh kerana destinasinya ialah pangkor.tapi sebab wa rasa punk core tu lagi sedap bunyinya.wa letakla lagu punk core untuk luorang layan.serius beb sedap.



memang menjadi seorang punk akan bangun untuk solat suboh.so wa bangun awal pagi tu dalam kul 6.45.kira awal la dari budak punk yang lain.wa pun siapkan diri sebab memang wa xde packing pape pun.ayie dan fathi tiba dirumah wa jam 7.30 pagi dan sebagai punk yang menghormati tetamu.diorang dijamu dengan beraneka jenis kuih muih yang sebahagiannya dibeli di kedai.sebelum tu apau ada msg wa kata lambat sket sebab beliau dari kuala pilah.

setelah menanti sehingga jam 9.00.pau tiba dan kami meneruskan perjalanan ke sg buloh.udeng ngan taufik pun masa tu gerak sekali.sebab apek nak kena jemput kat damansara.udeng pecut awal2 supaya apek tidak tertunggu-tunggu.malangnya mereka yang tertunggu-tunggu apek.
memandangkan masa tu wa kenyang lagi.wa menjual mahal dengan tidak mengambil nasi lemak dahulu.setelah tiba di highway bidor.ramai dikalangan kami mula lapar terutamanya wa.makan nasik lemak sambil bediri di stesyen mobil memang art.x penah budak2 punk lain yang buat macam ni.

maimon yang jadik leader pada hari tu sangat berdedikasi.tapi kewibawaannya jatuh sedikit sebab bila dia memotong dia x pikir kereta lain kat belakang.yana kata dia kena cucuk duit sebab kat town dulu sebab dia risau kat punkcore nanti takde benda tajam yang boleh cucuk duit tu.
so satu kereta telah berpecah dari kumpulan konvoi.lebih kurang 2 jam kot.akhirnya kami tiba di jeti.sume port tepi jeti macam road bully.bapak panjang beratur ke belakang.takde bual2 pun sesama memasing sebab wa tengok sume muka dah lapar je.walaupun wa true punk.tapi bila tengok muka nak makan orang ni wa goyang sket.sket je la.

lepas parking sume bawak barang masing2 menuju ke jeti.wa sempatla busking sebelum sampai jeti.ada sorang mamat hulur 50 sen dan wa sendiri hulurkan rm50 untuk wa.naik feri adalah lebih kurang 30-40 minit.wa duduk kat seat yang azlee senario duduk masa cerita senario beach boy tu.wa x kencing luorang.dalam cara hidup punk mana boleh menipu.berdosa.ada sign azlee kat kerusi tu.so wa assume tu seat yang dia duduk la.

sampai jeti punkcore kitoorang naik teksi aka van pink.pergh jatuh kewibawaan wa ngan benda2 pink ni.time ni muka semua seronok wa x pasti sama ada nak makan ke nak enjoy.bila sampai hotel.zarif aka along kawasan kena pau ngan tokey van.wa buat xtahu je.lepas tu yana selaku pengarah program cadangkan kami makan dulu sebelum check in.gila ko makan tengahari kul 4 petang.nasib baik wa dah makan nasik lemak sekali lagi dalam feri.

yana dengan kuasa vetonya suruh budak2 ni turun untuk aktiviti sukaneka jam 1700 petang.sebagai punker yang dedikasi waturun 1701.udeng bagi meset 1703 wa x pasan sebab wa tinggalkan je kat bilik.dia ngan apek x turun. diorang tido. bersukan ialah sesuatu yang bagus.wa disatukan group ngan ayie,pini,yana dan syafiq.menurut sahabat yang lain pembahagian grup adalah tidak adil.wa setuju.sebelum meneruskan penceritaan.amik ni karok dulu.



kumpulan apau,jon,taufik,farah dan nisa menjuarai permainan baling belon air.wa rasa diorang rembat belon air orang lain.sebab grup wa belon pecah cuma 2 je.tapi yang ada dalam baldi 3 bijik je.xpe benda dah lepas jangan dikenang.memang tu prinsip budak2 punk.permainan kedua pula ialah bawa bola di celah kangkang.walaupun wa dah leading.tapi group wa yang lain x mampu menang.sepatutnya grup maimon yang menang.tapi juri yang malas wat kerja kata tie.group maimon ngan group pau bertanding sekali lagi.group pau menang lagi.permainan ketiga ialah bawak getah dgn straw.permainan yang membolehkan gadis dan lelaki berciuman.tapi kerana batasan agama.laki cemolot ngan laki.pompuan cemolot ngan pompuan je.haha.wa tipu.
kali ni group maimon memang sebab wa bagi cadangan kat zarif supaya menipu dengan mengikat getah.wa juga memberi ruang dengan bergerak perlahan-lahan di awal permainan.
permainan berikutnya ialah terompah gergasi.wa xnak cerita banyak sebab semangat pasukan team wa bagus.dan wa menjadi leader yang mantap.grup wa menang.manakala permainan berpasukan terakhir ialah bawa bola perut ke perut.yang ni grup azmi menang sebab lu boleh tengok perut azmi pun dah macam bola.(sori azmi).sebelum tamat permainan ada pertandingan menari atas surat khabar.wa ngan bedz beserta beberapa pemain yang lain kurang berkenan ngan game ni.dan terus menjatuhkan diri supaya kami boleh mandi laut lebih awal.kalo tarik diri awal2 orang kata x support.dan permainan ini dimenangi oleh pau dan taufik.

setelah tamat kami pun bersuka ria di pantai sambil menyanyi.tiada lagi pertandingan membuka seluar dalam laut kerana pertandingan tu diadakan bersama rakan2 kiri sahaja.dan iqbal paling rajin menang.lepas diorang naik untuk makan mi hun.wa jimi ngan syafiq masih lagi rilek2 je tepi pantai sampai maghrib.bola yang cuba wa selamatkan dari ombak besar berjaya diselamatkan oleh macha.balik bilik wa ngan jimi bersiap-siap.sebelum diner wa dah perform semua lagu kepada jimi.jimi agak teruja ngan performance wa.lepas tu kitorang pun keluar ke tapak dinner.lepas bacaan doa dari en azmi.kitorang pun mula makan2 disampin ada persembahan2 spontan.

wa memulakan dengan spontan meminta jimi,izwan dan azmi untuk bermain pembaca berkepala tiga.tapi wa bingkas di potong oleh pini untuk menjalankan aktiviti yang telah disusun beliau.tapi pembaca berkepala tiga tetap diteruskan.diorang memang sempoi.pini mengambil alih tugas dengan mencabut undi.syafiq mangsa pertama.tetap bangun walaupun tengah tercekik makan sandwich.dengan sempoi dia nyanyi lagu cinta kain putih.memang sebijik macam lagu ni.



kemudian maimon terpaksa menjual ubat.sambil meminta bantuan taufik untuk menjual ubat tersebut.wa apek ngan pau terpaksa bermain sketsa berabjad.wa banyak tolong apek.sebab wa tau apek ni lembab sume benda.haha.perkara spontan terakhir ialah menyanyikan lagu untuk adibah.fathi dijemput menyanyikan dengan spontan.wa bangkang sebab mestilah ada ramai2 baru seronok.maimon memulakan lagu dengan jeritan aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaadibah.memang sukar untuk wa ceritakan dengan penulisan.namun lagu tersebut tetap tak habis.secara keseluruhan wa rasa ada penyelewengan dalam pemilihan pemain.sebabnya semua laki je yang kena panggil.tapi bila jon bersuara kenapa xde nama perempuan.terus sahaja pini menyebut nama adibah.lawak situasi ini.sekali cabut terus dapat nama perempuan.tapi kami x kesah pun.

acara mendenda peserta kalah tetap dilakukan walaupun wa dah bangkang awal2.yelah budak punk kena bangkang je kan.diorang kena main soal menyoal.kesian aku tengok en izz bersungguh-sungguh nak menang.semua pemenang dan pengalah dapat hadiah malam tu.

sementara menanti acara tamat.setiap peserta reunion dikehendaki menceritakan apa yang diorang tengah buat skarang.dan spotlight tertumpu kepada nisa.ramai yang ingin mencungkil rahsia beliau.selepas tu acara bergosip berlangsung.sebagai punk yang tak suka kepada perkara2 tersebut.wa mengambil kad poker dan memulakan poker.namun kerana tersilap permainan.hanya tinggal beberapa orang je pada malam tersebut.apek pun balik bilik tido.permainan kencing dimulakan seawal jam 1.30 pagi selepas semua yang kalah main poker kembung minum air.permainan kencing sungguh menarik.jimi paling bijak mempergunajkan kelebihan beliau untuk menipu.namun permainan kami diganggu pada jam 3 pagi dengan katanya polis sound nanti.padahal brade tu nak kemas tempat tu.

wa balik bilik ngan jimi.sebelum tdo tengok tv ada cerita jangan tido lagi.kamikan anak2 yang mendengar kata.so x tido lagi.layan sampai habis.lantas kami tertidur selepas tamat cerita tu.sedar2 yana ketuk pintu.wa tengok jam jimi.baru kul 5.30 pagi.bapak awal kejut.ada qiamulail ke.bisik wa dalam hati.wa buat bodoh.yana ketuk pintu memang kuat.wa cuba tido balik.tapi x boleh.wa agak pelik.wa tengok balik jam jimi sambil bukak lampu.sengal.8.50 rupanya.wa xtau camna boleh nampak macam5.30 jangan tanya wa lebih-lebih.wa gosok gigi dengan ubat gigi yang wa ngan jimi beli semalamnya.masa tu ramai yang kata nak pau ubat gigi sebab xde ubat gigi.tapi sampai balik xde sorang pun yang datang bilik kami.mungkin gosok pakai garam kot.
lepas sarapan kami pun bersnorkeling.

brader bot tu memang samseng.kami ditinggalkan di satu pulau untuk training berenang.wa sempat mengajar zarif berenang.wa saspek zarif goyang berenang jauh2.nampak je kuat di darat.tapi dia takut ngan laut.mungkin pernah berlaku insiden yang tidak diketahui.sampai tempat ikan.kami diberi roti untuk beri ikan makan dan tengok banyak mana ikan kat situ.mia paling sempoi sebab makan roti tu.mungkin mia lapar sebab sarapan pagi tu dah keras.bila sedang seronok bersnorkeling.brader panggil naik bot.mungkin dia tau air bakal bergelora.namun kedegilan budak2 ni membawa padah.yana hanyut di tengah lautan.

syafiq cuba menjadi hero menyelamatkan yana.syafiq ni banyak pengalaman dalam menyelamatkan orang yang lemas.tapi 2 hero lagi cuba mengejar yana.apau dan fathi.syafiq memperlahankan renangan dan memberi ruang kepada mereka.wa yang ada atas bot cuma pandang je walaupun menyalahi prisip punk yang ke 18.brader bot pun pandang sinis sambil geleng2 kepala.lantas terjun dan menyelamatkan yana.2 hero yang gagal pun cuba untuk pulang ke bot.namun pau kepenatan.pancit kerana kurang merokok barangkali.wa ingat lagi dulu apau saing2 wa je lari 400 meter. xpenat pun.apau ditarik oleh bot kecil ke bot kami.

pulang ke bilik kami pun bersiap2 untuk pulang.mandi kemudian makan tengahari.sesi fotografi dilangsungkan sebelum pulang dan kami tiba di jet jam 4 petang.semua keletihan dalam feri dan mengambil langkah bijak untuk tidur.kerana perjalanan masih panjang.perjalanan pulang mengambil masa lebih lama dari perjalanan balik.wa pun konfius.selalu pergi rasa lama.ni mesti kerana selalu sangat berhenti dan lberbual lama2.wa sampai rumah jam 2 pagi dan mengambil keputusan ponteng kerja hari berikutnya.sekian laporan dari addy.


peeslashass wa bukan penulis misteri

8 comments:

SHAMS SEREMBAN 9802 said...

addy

awak buat diary saya keliru.
awak da cite sume.


cis.


~sepni~

[ a D D y ] said...

sori la sepni..
lu cite la pasal gosip2 gadis..

apa yang menyebabkan yana lemas..

SHAMS SEREMBAN 9802 said...

oh.. itu tak bley cite..


nanti kantoi kekurangan yana..
dan kelebihan saya yang tak hanyut..

joN said...

gilo..bapak panjang..xabiah baco laie..FYI:group aku xcurik belon mase sukaneka..pecah cume 1 je..hrp maklum..pengakuan ikhlas dari saya..

Anonymous said...

saya sokong jon.
kami menang kerna kerjasama berpasukan.
dan strategi yg bijak.

[ a D D y ] said...

apakah strategi itu?

joN said...

strategi dirahsiakan..nnti diciplak oleh kumpulan laen..hahaha

CikPiN said...

nasib je tu.