Thursday, August 5, 2010

THE REUNION DIARY PART 2

17 JULAI 2010

YAUMUL SABT

SESUDAH SAMPAI DI PANGKOR


Berjalan menuju ke Jeti Lumut. Sapa kacak?


Akhirnya, tiket telah dibeli oleh Cik Yana. Kami yang menanti sambil bergosip sesama sendiri dihentikan dengan suara The Kacaks, bilamana dorang separa menjerit serentak “weh Muyup!!” Rupa-rupanya Encik Muyup anak beranak datang bercuti ke Pulau Pangkor juga. Suatu kebetulan yang comel (apakah comel??!!) Ustaz Afiq bin Muyup terus bersalam-salaman dengan The Kacaks dan meni

nggalkan beberapa gadis dengan tanda tanya, siapa tu? Akhirnya, setelah penerangan diberi tentang keistimewaan Afiq, baru mereka teringat siapakah Afiq Muyup. Tak sangka dalam banyak-banyak tempat, keluarga Afiq Muyup pun bercuti kat Pangkor juge. Suratan atau kebetulan?.....(krik krik krik)



Kami lantas menaiki feri yang menuju ke Pulau Pangkor. Kelihatan riak wajah masing-masing gembira tak terhingga. Tapi muka paling rasa nak pukul ialah muka Apek sebab beliau mengadu lapar dari jeti. Pastu siap makan nasi lemak bungkus kat dalam feri. Comel je perangai bile lapar.


Apek cuba buat-buat ta tahu ape2 bile orang amek gamba


Ini Jeti Pangkor!! Sampai dah wehhh



Sampai di Pangkor, kami ramai2 rebut naik van pink. Suasana nyaman dan keindahan kampong nan permai di tepi pantai, pohon nyiur melambai-lambai seperti menyambut kedatangan kami. (ayat pejadah haram)

Van Air Bandung


Sesampai je di Uptown Resort, kami yang kebuluran pun segera memanjat anak tangga ke cafe untuk makan-makan. Masa tu, Aisyah pun ta sempat berkenalan lagi.


Warm welcome


Tak tahulah sama ada kami memang lapar atau memang perangai buruk lantak, tapi sume makanan di situ sedap belaka walaupun Udeng dengan sengaja mengambil ayam 2 ketul yang terakhir dan alasan Udeng memang cis! (rahsia)


Jam 5 petang, kami pun beramai-ramai kumpul di tepi pantai. It’s time tu bersuka-hati. SUKANEKA TIME BEBEH!!~

Comel je sume pakai tset ijau~


Akibat daripada semangat berpasukan kumpulan Jon amat tinggi, ditambah dengan kehadiran 2 jejaka sasa serta gadis yang ringan berat badannya, maka kumpulan mereka telah menjadi juara sukaneka dengan mudah seperti makan ABC

Kumpulan kami kalah sebab saja suke nak kalah :p


Namun kumpulan Addy tak kalah juga. Mereka ada seorang atuk berpengalaman dan jejaka penyelamat serta gadis radio dan gadis manis. Mereka juga dengan mudahnya memenangi terompah gergasi (mungkin sebab masing-masing macam perangai gergasi)


Mula-mula kami bagi can..pastu..kami JUARA tahu!!!


Upacara penyerahan air liur. haha


Kumpulan mama-baba di tempat ketiga dan kumpulan abang Mi di tempat ke 4. Sori abang Mi, try again next time~

Jimmy Neutron bersikap optimis walaupun dapat tempat terakhir


Game terakhir yang dimenangi pasangan terlarang ini membuktikan lelaki memang selesa berpeluk-pelukan sesama sendiri menyebabkan teori saya mengenai orang lelaki Bangla sahaja suka berpeluk sesama sendiri ditolak mentah-mentah


Pak Andak n Pak Pau :P


Sejurus selepas bermain riang, kami pun menyerbu laut ramai-ramai. Masa ni, Yana mula

mempamerkan kepada gadis2 skil terapung beliau. Eleh, beliau ingat saya tak bley terapung la tu. Heh heh heh




Menjelang malam, BBQ pun berjalan lancar. Melihatkan wajah Ayong di gambar saja sudah tahu betapa funnya malam tersebut. Walaupun ada beberapa kali Mia cuba memaksa saya duduk sambil meng-emcee, namun sumenya berjalan dengan baik. Abang Mi pun telah melaksanakan tugas membaca doa dengan baik



Tgk wajah Ayong. Gembire benar beliau


Makan-makan-dan-makan-lagi


Cubaan Yana jadi DJ radio


Saya suka suara Bed bila beliau menyanyi. Memang patutla anda dapat duduk kelas Islah masa tingkatan 1. Part yang paling menarik hati adalah game terakhir bila Fathi kena nyanyi lagu dengan tajuk Adibah diiringi petikan gitar akustik Addy. Berikut adalah lirik lagu beliau:


Geylang si paku geylang

Geylang si rama-rama

Adibah anak mustapa

Anak mustapa

Adibah anak mustapa

* rangkap diulang berkali-kali sehingga beliau tergelak sendiri


Suasana yang patut jadi romantik jadi serabut dengan gelak tawa :D


Melihatkan kebuntuan Fathi menyelesaikan lagu tersebut, Maimon, Jon dan Jimi Neutron lantas ke hadapan membantu Fathi. Namun lebih malang bila lagu ’Adibah’ menjadi:


A.................................dii bah

Hoooooooooooooo...binya...

Bermain internet


lagu Mon lagi F AILED


Sumbang doll. Haha.


Malam itu diakhiri dengan Maimon mempromo kain Indonesia kepada gadis-gadis. The Kacaks pula dah sibuk bermain kad. Nasib baik Fathi ada temankan saya bersembang walaupun dengan tiba-tiba Yana & Ayong potong line sambil cakap “Fathi, aku nak borak dengan kau boley?“ Kacau daun oke? Huh.



Ketika itu juga, gadis-gadis dah sibuk bukak hamper bagi-bagi hadiah. Udeng yang tak turun tadi petang sebab tidur bersama rakan sepetidurannya (Apek) sibuk ke hulu ke hilir membawa bag plastik sambil ckp “aku nak rocky, aku nak rocky“


Udeng, pembalasan lunch tadi, aku sorok rocky aku bawah makanan lain dan cakap “aku takde rocky“ walaupun sebenarnya aku takdela suka pun rocky tu.. heh heh heh



Bersambung lagi...part akhir

6 comments:

aDDy yang dah nak kuar opis tetiba ternampak entri telah di apdate said...

aku tak makan ikan..

itu alasan udeng..

Anonymous said...

atoq eh???
gle cool...
ahahahah...

SHAMS SEREMBAN 9802 said...

Addy,
itu katanya kepada mu.

Katanya kepadaku lain pule. T__T


Atoq Ayie,
Iniw metiew kamue. Sebab kamue cakap atoq ituw cool dan hanya kamue saje yang diglar atoq.

Ahh..letih la tambah banyak w ni. haha

[ a D D y ] said...

the kacak x berani panggil muyup tau..

afiq kami panggil beliau..

SHAMS SEREMBAN 9802 said...

ada yang telepas panggil muyup.. haha

pastu baru ada orang ckp "weh, afiqla.. muyup bapa beliau"

joN said...

izwan kacak..siyes..xtipu..