Sunday, August 5, 2012

Ahmad Bin Fakrul Muhaimin

Petang itu Ahmad baru pulang dari latihan rumah sukan. Ahmad seorang yang aktif, dia gemar aktiviti sukan. Dia pernah mewakili sekolah dalam acara 100 meter, 4X100 meter, dan acara 200 meter. Selain acara olahraga dia juga aktif dalam sukan bola sepak. Dia meminati Mokhtar Dahari. Ayahnya sering menceritakan kisah Mokhtar Dahari, walaupun ayahnya sendiri tidak pernah menonton permainan Mokhtar Dahari sewaktu mewakili Malaysia. Selain mengikuti perkembangan pasukan bola sepak tempatan, Ahmad juga meminati pasukan dari Liga Perdana Inggeris. Dia meminati pasukan Liverpool, walaupun pasukan itu gagal memenagi Piala Liga semenjak tahun 1990. Ahmad meminati pasukan Liverpool kerana semangat juang pasukan tersebut dan menurutnya penyokong-penyokongnya juga hebat.

Ahmad teringat peristiwa kali pertama Liverpool menjejakkan kaki ke Malaysia. Waktu itu Ahmad masih lagi di tingkatan tiga. Kerana keputusan percubaan PMR Ahmad yang agak memberansangkan, Fakrul membawa anaknya ke perlawanan persahabatan tersebut. Walaupun Fakrul peminat tegar Manchester United, Fakrul memenuhi kehendak anaknya itu dan membawa sekali semua anak dan isterinya. Zubaidah sememangnya tidak pernah ikut menonton bola pada hari itu meluangkan masa untuk keluarga. Zubaidah lebih gemar jika anaknya meminta buku-buku ilmiah ataupun pakaian kerana dapat juga dia berjalan-jalan di pusat membeli-belah.

Abang Ahmad, Adam merupakan pelajar pintar di sekolahnya. Adam lebih mesra dengan ibunya. Namun perlakuan Ahmad jauh berbeza dengan abangnya. Walaupun Ahmad bukanlah pelajar pintar di sekolahnya, dia masih mendapat tempat untuk menduduki kelas pertama. Ahmad sangat menentang sistem pembahagian kelas mengikut kepandaian. Bagi dirinya semua berhak mendapat pendidikan yang sama.

Sewaktu tiba di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahmad merasakan sesuatu aura yang sangat pelik. Adrenalinnya bergerak pantas. Stadium dipenuhi dengan mereka yang bebaju merah. Mereka beramai-ramai menyanyikan lagu "You'll Never Walk Alone" . Bila ada sahaja pemain Liverpool yang turun padang untuk sesi panas badan, mereka bersorak. Penyokong-penyokong juga tidak ketinggalan untuk menyokong pasukan negara. Sejurus perlawanan dimulakan Ahmad cuba fokus kepada permainan. Niatnya untuk menyarung jersi Liverpool sudah lama dipendamnya. Namun dia juga akui yang sukar untuk pemain dari Malaysia bermain di luar negara kerana kedudukan pasukan negara di persada antarabangsa tidak begitu baik. Permainan tamat, dan kemenangan berpihak kepada pasukan lawan. Persembahan yang baik ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan. Ahmad puas.

Friday, August 3, 2012

Chapter 1

"Tahniah encik fakrul, anda telah di kurniakan dengan seorang anak lelaki." kata Doktor Ramzali. Fakrul berasa sangat syukur kerana impiannya untuk mendapat cahaya mata selama 6 tahun tercapai. Pelbagai cara dilakukannya, namun rezeki Allah belum lagi tiba kepadanya. Dia masih ingat betapa rezeki sangat mudah melekat kepadanya semenjak dari kecil. Apa yang diinginkannya mudah didapatkan walaupun ketika itu laman sesawang mudah.my belum wujud lagi. Fakrul juga menjadi kebanggaan anak Felda pertama yang menjejakkan kaki ke Universiti Malaya. Selesai memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan, Fakrul ditawarkan menjadi jurutera di Jabatan Kerja Raya. Sememangnya laluan hidupnya begitu mudah sehinggakan selepas berkahwin dengan Zubaidah seorang cikgu sejarah di sebuah sekolah di bandaraya. Mereka sering dipersoal oleh kedua ibu bapa dan mertua mereka bila mereka dapat menimang cahaya mata. Akhirnya berkat usaha solat hajat dan solat ishtiharah yang di lakukan Fakrul dan Zubaidah hampir setiap malam membuahkan hasil.

Selesai mengazankan anak pertamanya Fakrul segera melakukan sujud syukur tanda berterima kasih kepada Allah. Fakrul segera mendapatkan ibu bapa dan kedua mertuanya yang dari tadi masih setia menantikan cucu pertama mereka dilahirkan. Fakrul merupakan anak sulong manakala Zubaidah pula anak tunggal. Kerana itu mereka sering dipersoal berkenaan cahaya mata. "Abah, Zubaidah berjaya melahirkan anak lelaki." teriak Fakrul kepada 4 orang yang sedang menanti dalam keadaan resah. Semua mata tertumpu ke Fakrul. Ada juga yang menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak setuju dengan perbuatan Fakrul. Namun Fakrul meneruskan lariannya ke keluarganya. "Alhamdulillah, kita dah ada cucu bang." kata Zaiton kepada suaminya Zamarul ibu bapa kepada Zubaidah. Amran dan Maimun tenang apabila menerima berita itu dari Fakrul. "Kau dah buat sujud syukur long?" tanya Amran kepada anaknya. Fakrul mengangguk-anggukkan kepalanya. "Dah boleh tengok belum cucu mak ni?" tanya Maimon memecahkan kesunyian selepas kegembiraan Fakrul tadi. "Boleh mak, tapi kena masuk gilir-gilr sebab sekarang belum waktu melawat lagi." Fakrul melihat jamnya dan melihat papan tanda yang diletakkan di pagar sebelum masuk ke kawasan wad dan seorang India hampir separuh abad setia menjaga pagar tersebut. "Bini kau macam mana?" soal Zamarul kepada Fakrul.

peeslashass ni baru intro yang tak habis ni

Fakrul Muhaimin Bin Amran

"Ya, Allah! Min terlupa yang Min tinggalkan anak Min kat surau lepas sujud tadi." Wajah gusar Fakrul ketara kelihatan. Fakrul segera berlari meninggalkan keluarganya terpinga-pinga. "Along-along, dari dulu macam tu asyik tertinggal barang je." keluh Maimun sambil terkenang perangai anaknya itu. Dia masih teringat ketika Fakrul mula-mula menjejakkan kaki di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Setelah tiba di Kuala Kangsar baru mereka perasan beg yang berisi pakaiannya tertinggal di rumah. Nasib baik seluar dalam dan beberapa pakaian kegemarannya di letakkan di beg sandangnya, manakala pakaian sekolahnya digantung di dalam kereta sewa pakcik Shahrul. Pakcik Shahrul menjadi insan yang paling popular di kampung kelahiran Shahrul. Kerana beliau sahaja yang mampu memiliki motokar ketika itu. Itupun milik syarikat Kim Seng yang menyewakan keretanya untuk dijadikan kereta sewa. Memang mustahil untuk orang-orang Melayu pada waktu itu memiliki kereta. Paling bergaya pun ketua kampung yang ke hulu ke hilir dengan vespanya. Vespa yang seringkali menjadi bahan mainan anak-anak kampung merupakan motor jenis skuter yang dikilangkan di Itali oleh syarikat Piaggio. Vespa sebenarnya di ambil sempena nama serangga seperti tebuan di sana.

"Dah marilah, apa yang awak tunggu lagi?" Soal Amran kepada Maimun. Maimun yang terleka mengenangkan perangai anaknya bangun dari kerusi yang disediakan di Hospital Besar Kuala Lumpur. Jarang sekali untuk orang ramai dapat duduk di kerusi untuk tetamu kerana hospital sangat sibuk dan dipenuhi dengan pesakit. Maimun membetul-betulkan kainnya yang sudah renyuk dek kesan dudukannya tadi. Mereka berempat menuju ke wad 4B, wad yang dikhaskan untuk wanita-wanita yang ingin bersalin dan yang sudah bersalin. Wad yang sentiasa penuh kerana setiap hari sekurang-kurangnya 30 orang masuk ke dalam wad ini setiap hari. Dan selalunya bagi wanita yang melahirkan anak secara normal akan pulang di sebelah petang sekiranya bersalin pada waktu pagi. Ini adalah untuk menampung tempat pesakit-pesakit yang lain.

Setibanya Fakrul di Surau, dia mendapati anaknya di dukung oleh seorang misi. Tubuh jururawat itu bisa mengiurkan mana-mana lelaki yang memandangnya. Fakrul melihat tag nama yang terletak di paras dada jururawat itu. "Apa yang awak tengok?" sergah Qalesha. Nama yang agak pelik untuk di sebut ketika itu. Seingat Fakrul kawan-kawan sekampungnya mempunyai nama yang mudah seperti Mariam, Kadhijah, Aishah dan Fatimah. Selepas memasuki Kolej Melayu, dia jarang berkawan dengan perempuan sehingga bertemu dengan Zubaidah secara tidak sengaja di Masjid Jamek. Ketika itu Fakrul ingin membelikan tudung kepada ibunya di kampung. Zubaidah juga berkenan dengan tudung yang sama. Mereka bertelagah sedangkan masih banyak tudung yang sama jenis ada di kedai tersebut. Hasil perkenalan itu berkekalan sehingga mereka berjaya mendapatkan zuriat. "Anak yang awak dukung tu anak saya." balas Fakrul. "Owh awaklah bapa yang tak bertanggungjawab tu. Senang hati sahaja tinggalkan anak di atas tikar sejadah. "marah jururawat tersebut. "Maaf, saya terlalu gembira untuk menyampaikan berita kepada ibubapa saya." jawab Fakrul dengan nada bersalah. "Nasib baik saya yang terdengar tangisan bayi ni. Jika orang lain mungkin sudah bawa lari. Sebelum ni yang di dalam wad bayi pun ada yang diculik, inikan pula ditinggalkan bersendirian di dalam surau." Qalesha berceramah kepada Fakrul. Fakrul hanya mampu menundukkan kepalanya sahaja mendengar suara Qalesha yang manis itu.

Thursday, August 2, 2012

Zubaidah Binti Zamarul

Setelah mengambil anaknya di tangan jururawat tersebut, Fakrul bergegas ke wad Zubaidah. Semenjak selepas mengambil anaknya dari tangan Zubaidah untuk diazankan, Fakrul langsung tidak bertanya khabar isterinya. Setiba di katil 43, Fakrul mendapati ibubapa dan mertuanya sudah pun berada di sana. Mereka sedang berbual-bual dengan Zubaidah. Risau juga Fakrul jika mereka memberitahu Zubaidah tentang insiden dia meninggalkan anaknya di surau. Namun Fakrul berlagak seeperti tidak berlaku apa-apa. "Lama abang di surau?" soal Zubaidah. "Tadi ramai yang azankan anak mereka sekali." jawab Fakrul tenang. "Sudahlah abang, mengarut je jawapan. Makin besar pangkat abang makin bangang saya tengokkan. Mak dah cerita dah semua. Saya tahu abangkan seorang yang cuai. Harap-harap projek abang membina lebuhraya utara selatan tu taklah secuai ini." leter Zubaidah. Namun itu yang menjadi tarikan kepada Fakrul, kerana Fakrul seorang yang pendiam. Dia hanya berkata yang penting-penting sahaja dan kadang-kala berlawak sedikit-sedikit. Ibubapa Fakrul hanya tersenyum sinis melihat anak mereka dimarahi menantu mereka.

Petang itu, Zubaidah dibenarkan untuk pulang dan mereka semua pulang ke rumah Fakrul yang terletak di Ampang. Fakrul memandu kereta Proton Saga berwarna merah. Dia merupakan antara orang terawal yang memiliki kereta pertama buatan Malaysia. Fakrul bernasib baik kerana kawan baiknya di Universiti Malaya, Fadhli merupakan salah seorang jurutera yang terlibat dalam projek membina kereta tersebut. Fadhli juga dihantar ke Jepun untuk menceduk ilmu dengan syarikat automotif yang ternama di sana. Tiba di rumah, Fakrul menjemput keluarganya masuk. Belum sempat Fakrul menghidangkan minuman kepada ahli keluarganya, tiba-tiba Zubaidah menjerit dan meracau. Mereka sekeluarga terus menjengok Zubaidah yang terlantar di biliknya. Badannya tiba-tiba panas. Fakrul mengangkat Zubaidah untuk dibawa ke klinik. Kedua mertuanya ikut bersama Fakrul, manakala kedua ibubapanya duduk dirumah untuk menjaga cucu sulong mereka.

Zubaidah merupakan anak ketiga dan merupakan satu-satunya anak perempuan Zamarul. Walaupun sudah mempunyai lima orang cucu, namun ini kali pertama kejadian seperti ini berlaku. Zaiton tidak habis memikirkan apakah dosanya menyebabkan anaknya sebegitu rupa. Susuk yang dipakainya telah pun dibuang oleh bomoh Karim sendiri. Zaiton bernasib baik kerana ada kawan-kawannya tidak dapat membuang susuk kerana bomoh Karim meninggal selepas mengeluarkan susuk dibadan Zaiton.

peeslashass kogheh ha jari nak menaip

Thursday, April 26, 2012

Walimatul Urus

Lamo na xdiapdate eh blog nih..meh den apdate sikit ha...

aritu xsalah den kek FB Shams9802 jon ado tanyo tontang kenduri kawen nih..dikoba eh banyak na kenduri yg nak poie sampai xleh dtg sumo..takut doso koba eh..kot da maleh tu maleh yola...xpyh bg alasan...hikhikhik
so,den guno la khidmat ustaz gugel..dapek la sikit info ha..den kongsi an sikit..salah boto bincang an la secaro ilmiah...

Hukum buek kenduri kawen ni sumo tau sunat muakkad..sunat muakkad tu xpayah la den toghang an..sumo tau...masing2 shams..kot xtau gak,guno gugel..kot bamus nih memang diguno eh gugel ni untuk sumo bondo..KAED pun ditaip eh kek gugel agak eh..sapo kono jomput tu wajib hadir sopoti mano hadis Rasulallah s.a.w :


"Apabila kamu dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin, hendaklah kamu menghadirinya". (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

so,poie kenduri kawen tu fardu ain kek setiap orang yang dijomput..kot xdapek poie tu wakil an la kek kengkawan yang poie..tapi ado pendapat ulamak yang koba hukum wajib ni ado syarat2 eh..bukan sumo kenduri kawen wajib poie..antaro syarat-syarat eh:

i)orang yang jomput tu orang islam..kot kapir xwajib..tp kot munafiq xtau plak den..

ii)jomputan tu mesti la menyeluruh..makno eh jomput sumo orang xdo bezo kayo miskin,pangkat mo darjat..

iii)jomputan tu kono la secara khusus kek setiap orang dengan caro jumpo,anta kad, lantik wakil utk jomput..kot jomput secara umum macam tampal iklan kek taman ajak poie kenduri atau datang umah orang bujang n cakap "sapo nak datang,datang la", jadi xwajib la datang kenduri tu..tapi kot kes jomput kek Fb tu camno?pandai2 la pikir an sendiri..

iv)orang kono jomput tu plak kono niat an nak poie tu sobab nak erat an siratul rahim..bukan sobab takut an orang tu atau orang tu berprofil tinggi macam erman,so kono poie..nanti untung2 dapek tender jual suar jeans..

v)kot jomputan tu lobih dari sehari,wajib datang cumo hari petamo yo..hari2 berikut eh x..tp kot xdapek datang hari petamo,wajib la datang hari ke-2..begitu la seterus eh..

vi)pado zahir eh kenduri kawen tu dibuek ngan duit yang halal...yang dijomput plak jangan la mandai2 nak buek cito buruk2 plak pasal kenduri tu..

vii)dalam list jomputan xdo orang yang kito bonci..contoh eh kot shepni bonci amek-amek mo abun ateh sobab-sobab yang xdapek dinyato an kek sini..dapek lak jomputan kawen toyed..so,xwajib la shepni nak poie kenduri tu.. 

viii) kenduri kawen tu xdo pekagho mungka macam arak, tarian tiang,judi..kot karoke tu den xtau..camno ek?

ix)orang yang kono jomput tu xdo keuzuran yang menghalang nak poie kenduri tu..kot uzur syarie??

x)xdo jomputan yang lobih awal dari jomputan tu..makno eh priority kek sapo jomput dulu la ek..

nota tambahan: boto salah togo secaro ilmiah..den torang ikut pahaman den yo tu..maklum la, ustaz gugel..-UG-