Thursday, August 2, 2012

Zubaidah Binti Zamarul

Setelah mengambil anaknya di tangan jururawat tersebut, Fakrul bergegas ke wad Zubaidah. Semenjak selepas mengambil anaknya dari tangan Zubaidah untuk diazankan, Fakrul langsung tidak bertanya khabar isterinya. Setiba di katil 43, Fakrul mendapati ibubapa dan mertuanya sudah pun berada di sana. Mereka sedang berbual-bual dengan Zubaidah. Risau juga Fakrul jika mereka memberitahu Zubaidah tentang insiden dia meninggalkan anaknya di surau. Namun Fakrul berlagak seeperti tidak berlaku apa-apa. "Lama abang di surau?" soal Zubaidah. "Tadi ramai yang azankan anak mereka sekali." jawab Fakrul tenang. "Sudahlah abang, mengarut je jawapan. Makin besar pangkat abang makin bangang saya tengokkan. Mak dah cerita dah semua. Saya tahu abangkan seorang yang cuai. Harap-harap projek abang membina lebuhraya utara selatan tu taklah secuai ini." leter Zubaidah. Namun itu yang menjadi tarikan kepada Fakrul, kerana Fakrul seorang yang pendiam. Dia hanya berkata yang penting-penting sahaja dan kadang-kala berlawak sedikit-sedikit. Ibubapa Fakrul hanya tersenyum sinis melihat anak mereka dimarahi menantu mereka.

Petang itu, Zubaidah dibenarkan untuk pulang dan mereka semua pulang ke rumah Fakrul yang terletak di Ampang. Fakrul memandu kereta Proton Saga berwarna merah. Dia merupakan antara orang terawal yang memiliki kereta pertama buatan Malaysia. Fakrul bernasib baik kerana kawan baiknya di Universiti Malaya, Fadhli merupakan salah seorang jurutera yang terlibat dalam projek membina kereta tersebut. Fadhli juga dihantar ke Jepun untuk menceduk ilmu dengan syarikat automotif yang ternama di sana. Tiba di rumah, Fakrul menjemput keluarganya masuk. Belum sempat Fakrul menghidangkan minuman kepada ahli keluarganya, tiba-tiba Zubaidah menjerit dan meracau. Mereka sekeluarga terus menjengok Zubaidah yang terlantar di biliknya. Badannya tiba-tiba panas. Fakrul mengangkat Zubaidah untuk dibawa ke klinik. Kedua mertuanya ikut bersama Fakrul, manakala kedua ibubapanya duduk dirumah untuk menjaga cucu sulong mereka.

Zubaidah merupakan anak ketiga dan merupakan satu-satunya anak perempuan Zamarul. Walaupun sudah mempunyai lima orang cucu, namun ini kali pertama kejadian seperti ini berlaku. Zaiton tidak habis memikirkan apakah dosanya menyebabkan anaknya sebegitu rupa. Susuk yang dipakainya telah pun dibuang oleh bomoh Karim sendiri. Zaiton bernasib baik kerana ada kawan-kawannya tidak dapat membuang susuk kerana bomoh Karim meninggal selepas mengeluarkan susuk dibadan Zaiton.

peeslashass kogheh ha jari nak menaip

2 comments:

joN said...

mano sambungan eh ni..bejoman den nunggu eh...

joN said...

masih setio menanti sambungan eh....