Friday, August 3, 2012

Chapter 1

"Tahniah encik fakrul, anda telah di kurniakan dengan seorang anak lelaki." kata Doktor Ramzali. Fakrul berasa sangat syukur kerana impiannya untuk mendapat cahaya mata selama 6 tahun tercapai. Pelbagai cara dilakukannya, namun rezeki Allah belum lagi tiba kepadanya. Dia masih ingat betapa rezeki sangat mudah melekat kepadanya semenjak dari kecil. Apa yang diinginkannya mudah didapatkan walaupun ketika itu laman sesawang mudah.my belum wujud lagi. Fakrul juga menjadi kebanggaan anak Felda pertama yang menjejakkan kaki ke Universiti Malaya. Selesai memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan, Fakrul ditawarkan menjadi jurutera di Jabatan Kerja Raya. Sememangnya laluan hidupnya begitu mudah sehinggakan selepas berkahwin dengan Zubaidah seorang cikgu sejarah di sebuah sekolah di bandaraya. Mereka sering dipersoal oleh kedua ibu bapa dan mertua mereka bila mereka dapat menimang cahaya mata. Akhirnya berkat usaha solat hajat dan solat ishtiharah yang di lakukan Fakrul dan Zubaidah hampir setiap malam membuahkan hasil.

Selesai mengazankan anak pertamanya Fakrul segera melakukan sujud syukur tanda berterima kasih kepada Allah. Fakrul segera mendapatkan ibu bapa dan kedua mertuanya yang dari tadi masih setia menantikan cucu pertama mereka dilahirkan. Fakrul merupakan anak sulong manakala Zubaidah pula anak tunggal. Kerana itu mereka sering dipersoal berkenaan cahaya mata. "Abah, Zubaidah berjaya melahirkan anak lelaki." teriak Fakrul kepada 4 orang yang sedang menanti dalam keadaan resah. Semua mata tertumpu ke Fakrul. Ada juga yang menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak setuju dengan perbuatan Fakrul. Namun Fakrul meneruskan lariannya ke keluarganya. "Alhamdulillah, kita dah ada cucu bang." kata Zaiton kepada suaminya Zamarul ibu bapa kepada Zubaidah. Amran dan Maimun tenang apabila menerima berita itu dari Fakrul. "Kau dah buat sujud syukur long?" tanya Amran kepada anaknya. Fakrul mengangguk-anggukkan kepalanya. "Dah boleh tengok belum cucu mak ni?" tanya Maimon memecahkan kesunyian selepas kegembiraan Fakrul tadi. "Boleh mak, tapi kena masuk gilir-gilr sebab sekarang belum waktu melawat lagi." Fakrul melihat jamnya dan melihat papan tanda yang diletakkan di pagar sebelum masuk ke kawasan wad dan seorang India hampir separuh abad setia menjaga pagar tersebut. "Bini kau macam mana?" soal Zamarul kepada Fakrul.

peeslashass ni baru intro yang tak habis ni

No comments: